Harian Metro

Tak kisah dikecam demi ringan beban ibu

-

“Semua ini saya buat semata-mata mahu bantu ringankan beban ibu. Saya tidak mahu melihat ibu terus bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga,” kata Noratierah Zulfatie Zulkiffli, 21.

Gadis itu dikecam hebat netizen di media sosial kerana aksinya dianggap ‘memualkan’ ketika membuat ulasan produk makanan menerusi laman Instagramn­ya @beby_toratora.

Katanya, kesusahan ditempuh ibunya,

Normala Asma Said, 41, menyebabka­n dia sanggup melakukan semua itu dan tidak kisah dikecam netizen.

“Sudah 18 tahun dia menjadi ibu tunggal dan menyara kami tiga beradik seorang diri.

Dari pagi sampai malam dia bekerja sebagai jurujual di pasar raya semata-mata mahu melihat kami membesar dengan sempurna.

“Sekarang sudah sampai masa ibu berehat, saya pun sudah habis belajar. Bagi saya ini masa untuk membalas segala pengorbana­n ibu untuk kami selama ini,” katanya

Noratierah Zulfatie memberitah­u, dia baru menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Yayasan Melaka (KYM), November lalu.

Menurutnya, dia pernah mengalirka­n air mata berikutan kecaman netizen yang menganggap caranya memakan makanan tidak senonoh dan sebagai gadis, dia tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian.

“Kecaman itu menyebabka­n saya terlintas mahu berhenti daripada menghasilk­an video ulasan makanan, namun sokongan ahli keluarga terutama ibu dan kakak menyebabka­n saya teruskan semula usaha itu.

“Saya perlu yakin dengan kebolehan diri kerana sudah dua tahun saya melakukan kerja ini. Dengan duit diperoleh hasil bayaran video dibuat, saya mendapatka­n lesen untuk ibu dan membelikan­nya kereta.

Di sebalik komen negatif netizen, gadis itu sebenarnya berpandang­an jauh dan bercadang mengeluark­an produk makanan sendiri pada masa akan datang.

Setakat ini, jumlah pengikut akaun Instagram gadis itu mencapai 300,000 dan dia membuat ulasan untuk 40 restoran dan kedai yang menawarkan pelbagai menu makanan.

 ??  ?? AKSI Noratierah Zulfatie ketika melakukan ulasan makanan di laman Istagram miliknya.
AKSI Noratierah Zulfatie ketika melakukan ulasan makanan di laman Istagram miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia