Harian Metro

‘Zai Izzati anugerah terindah Tuhan’

-

Bangi: “Dia anugerah terindah daripada Tuhan pada usia saya 59 tahun. Saya juga akan menjaganya sebaik mungkin,” kata penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah mengenai isterinya yang dinikahi, tahun lalu.

Jamal berkata, sudah tiba masanya dia memperkena­lkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dan peminat selepas 11 bulan berkahwin.

Pasangan ini melangsung­kan pernikahan pada 1 April tahun lalu.

“Buat apa nak sorok kerana kami sudah sah bernikah dan isteri juga sering menemani saya ke mana-mana majlis sekarang.

“Pada masa sama, dia juga baru menyesuaik­an diri dalam rumah tangga kerana perbezaan usia kami 35 tahun,” katanya ketika ditemui di majlis Luncheon With The Stars di sebuah hotel di sini, semalam.

Jamal berkata, dia berkenalan dengan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Kami diperkenal­kan oleh keluarga dan tidak kenal pun sebelum ini. Anak saya, Osama juga okey dengan Zai Izzati,” katanya.

Ini pernikahan kali keempat Jamal selepas bercerai dengan Fatimatuza­hra Samad pada 15 Mei 2007.

Perkahwina­n pertamanya dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988.

Selepas bercerai dengan Basariah pada 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniaka­n seorang anak iaitu Osama Yamani.

Bersama Fatimatuza­hra, Jamal dikurniaka­n seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

 ??  ?? JAMAL perkenal isteri baru pada sidang media di sebuah hotel, semalam.
JAMAL perkenal isteri baru pada sidang media di sebuah hotel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia