Harian Metro

Intan simpati Ude dikecam netizen

-

Kuala Lumpur: “Itu di luar kawalan saya. Namun, saya sebenarnya tidak menyokong tindakan mereka kerana takut pihak sebelah sana menuduh saya yang melakukann­ya,” kata Intan Liana Saleh, isteri pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mengenai kewujudan laman khas (page) di media sosial yang menyokongn­ya.

Ia dilihat menjadi tempat netizen mengecam Ude dan isteri keduanya, pelakon Izreen Azminda berikutan tindakan Ude meneruskan proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini, selepas memfailkan­nya pada 30 November 2017.

Intan berkata, walaupun hatinya terluka dengan tindakan Ude, dia tetap bersimpati dengan suaminya yang berterusan menerima kecaman masyarakat sejak enam hari lalu.

“Saya tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih lagi bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan itu tetap ada, namun kecaman ini dibuat kerana tindakanny­a sendiri.

“Saya juga tidak mahu isu ini membuatkan keluarga Ude menyalahka­n saya kerana saya tidak pernah meminta mana-mana pihak melakukan perkara itu. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media,” katanya.

Mengulas mengenai perkembang­an terbarunya, Intan yang pernah menjadi penari di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama sembilan tahun berkata, dia sudah menerima tawaran untuk menjadi duta produk tudung.

“Dalam keadaan sekarang, saya memang berminat terima apa saja tawaran yang sesuai untuk menyara dua anak iaitu Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.

“Saya hanya akan bersetuju dengan produk yang memerlukan saya tampil dalam keadaan sopan dan tidak menimbulka­n cemuhan masyarakat.

“Setakat ini sudah ada beberapa tawaran yang diajukan tetapi saya memang tidak pandai untuk bincang berkenaan harga dan segala-galanya diserahkan kepada kakak,” katanya.

 ??  ?? INTAN tidak sokong tindakan netizen.
UDE
INTAN tidak sokong tindakan netizen. UDE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia