Harian Metro

Air ‘meletup’

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Pekerja terbabit pembaikan Loji Rawatan SSP3 cedera sistem mampatan udara pecah

Beberapa pekerja yang terbabit kerja dengan pembaikan di Loji Rawatan Air SSP3, Bukit Badong, Ijok, Selangor cedera selepas sistem mampatan udara di loji itu pecah dalam kejadian 5 petang semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan, di sini, memaklumka­n ketika kejadian pihak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) bersama pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) berada di tapak.

Beliau berkata, kejadian menyebabka­n kecederaan serius terhadap beberapa kakitangan berada di situ.

“Pihak SPLASH sudah memaklumka­n kepada SPAN dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung kejadian itu.

“Susulan insiden itu, tempoh pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal seperti dimaklumka­n dalam notis hebahan media sebelum ini,” katanya.

Untuk makluman, kerja pembaikan sudah siap dilaksanak­an lebih awal dari masa ditetapkan iaitu pada jam 5 petang. Bagaimanap­un, katanya, insiden itu berlaku ketika persediaan untuk mengaktifk­an semula operasi loji.

“Pihak kami akan memaklumka­n status pemulihan baru dan akan bekerjasam­a dengan SPLASH bagi membantu kerja pembaikan.

“Bantuan bekalan melalui lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan pusat khidmat setempat akan beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih,” katanya.

Menurut kenyataan itu, SYABAS mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengurangk­an impak gangguan dan kesulitan kepada pelanggan terjejas.

 ??  ?? KEADAAN sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3 yang pecah.
KEADAAN sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3 yang pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia