Harian Metro

Gadis bengkel

- Muhammad Saufi Hassan news@nstp.com.my

 Nisha seronok belajar baiki enjin kereta

Minyak hitam, spanar dan kenderaan. Bagi segelintir pihak, itu mungkin dunia orang lelaki, tambahan pula ia sangat berkait rapat dengan golongan berkenaan terutama membabitka­n modifikasi sesebuah kenderaan.

Namun tidak bagi gadis berusia 20 tahun ini apabila dia bukan saja mampu membaiki kenderaan dan melaksanak­an modifikasi, malah tampak lebih cekap berbanding sesetengah kaum lelaki biarpun bidang itu didominasi golongan berkenaan.

Nurnisha Mokhtar berkata, dia sudah jatuh cinta dengan bidang itu sejak berusia 16 tahun dan gelaran mekanik wanita kepadanya sudah tidak asing lagi, malah mengaku bangga dengan jolokan terbabit.

“Saya mula mengenali bengkel sejak berusia 16 tahun. Abang dan sepupu saya mempunyai sebuah bengkel kenderaan dan ketika itu, saya mula cuba-cuba untuk membantu mereka.

“Cuma ketika itu tidak serius. Boleh saya katakan hanya ‘mengacau’ kerja mereka di bengkel saja. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya memohon untuk melanjutka­n pengajian di kolej vokasional.

“Alhamdulil­lah, saya dapat sambung belajar di Kolej Vokasional Slim River, cuma ketika itu saya rasakan saya salah memilih pengajian iaitu dalam bidang automotif,” katanya.

Beliau yang kini menjalanka­n latihan industri di bengkel G Tuned Motorsport di Taman Medan, Petaling Jaya berkata, biarpun berminat dalam dunia bengkel dan pembaikan kenderaan, cuma ketika itu tidak pernah terlintas untuk menyambung pengajian dalam bidang berkenaan.

“Pada mulanya saya rasa ingin tukar pengajian, namun selepas beberapa bulan, saya rasakan pengajian dalam bidang automotif begitu menyeronok­kan.

“Siapa kata wanita tidak boleh membaiki kenderaan. Dunia sekarang sudah berubah, dulu memang diakui dunia bengkel ini didominasi oleh lelaki, namun keadaan sudah berubah,” katanya.

 ??  ?? NURNISHA membuat ukuran saiz piston,
NURNISHA membuat ukuran saiz piston,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia