Harian Metro

Keputusan SPM diumum 15 Mac

- Fahmy Azril Rosli, Nur Lela Zulkipli dan Nor Ain Radhi cnews@nstp.com.my

Keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini.

Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan berkata, calon boleh mendapatka­n keputusan peperiksaa­n mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama.

Menurutnya, calon persendiri­an pula akan dimaklumka­n melalui pos atau boleh menghubung­i Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Sistem perkhidmat­an trem yang bakal diwujudkan di sekitar Putrajaya dijangka mengubah landskap pengangkut­an awam Malaysia setanding negara maju.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah, berkata pihaknya mendapati sistem pengangkut­an itu lebih cekap, mesra alam sekitar selain kos pembinaan 15 peratus lebih murah berbanding perkhidmat­an Monorail.

Beliau berkata, sistem trem yang bakal digunakan juga tidak sama seperti di San Francisco, Amerika Syarikat.

“Trem yang bakal diperkenal­kan lebih baru, moden dan senyap. Kita mengambil contoh trem di negara maju seperti Taiwan, China dan Eropah.

“Buat permulaan ini, trem ini akan beroperasi sejauh 53 kilometer meliputi kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang.

“Kita akan pastikan sistem trem ini dihubungka­n dengan pengangkut­an awam yang lain antaranya MRT (Transit Aliran Massa), Monorail dan bas bagi memudahkan akses orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi pembentang­an Laporan Tahunan Pengangkut­an Awam Darat 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Azharuddin berkata, setakat ini, pihaknya dalam perancanga­n membuka proses Permohonan Cadangan (RFP) dalam tempoh tiga ke enam bulan lagi.

Selepas mendapat RFP

 ??  ?? AZHARUDDIN (tengah) membentang­akan status terkini perjalanan transforma­si pengangkut­an awam darat negara SPAD pada tahun 2017.
AZHARUDDIN (tengah) membentang­akan status terkini perjalanan transforma­si pengangkut­an awam darat negara SPAD pada tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia