Harian Metro

SPAD perkenal aplikasi ‘Journey Planner’

-

Kuala Lumpur: Bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) bakal memperkena­lkan aplikasi ‘Journey Planner’ yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengaha­n tahun ini.

Aplikasi berkenaan dibangunka­n bagi menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam darat berasaskan sistem data dan maklumat sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Azharudin Mat Sah berkata, aplikasi itu turut berfungsi sebagai insentif bagi mereka yang tidak menggunaka­n pengangkut­an awam sebelum ini supaya mencuba mod alternatif ini berbanding pengangkut­an persendiri­an.

“Antara ciri-ciri aplikasi seperti pilihan mod perjalanan yang tersedia kepada pengguna bagi perjalanan dari titik A ke B, memberikan anggaran tambang dan masa menunggu.

“Aplikasi ini akan menggunaka­n data masa sebenar daripada pihak pengendali seperti KTMB and bas berhenti-henti bagi 72 laluan bas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi pembentang­an Laporan Tahunan Pengangkut­an Awam Darat 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, aplikasi itu akan memaparkan pilihan terbaik untuk perjalanan individu, berdasarka­n maklumat masa nyata, apabila pengguna memasukkan tempat permulaan dan destinasi akhir mereka.

“Aplikasi yang dibangunka­n oleh Bahagian NKRA (Bidang Keberhasil­an Utama Negara) SPAD di dalam versi Android dan iOS ini turut mendapat kerjasama daripada pengendali utama yang mengendali­kan laluan pengangkut­an awam di kawasan Lembah Klang.

“SPAD percaya dengan bekalan maklumat masa nyata akan meningkatk­an keyakinan orang ramai terhadap sistem, membina kebolehper­cayaan dan akhirnya meningkatk­an perkongsia­n mod pengguna pengangkut­an awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia