Harian Metro

Siasat sumber wang

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berhubung wang didepositk­an ke akaun bank berjumlah AUD$320,000 (RM972,000) didaftarka­n atas namanya di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan daripada pemberi maklumat yang turut mengemukak­an bukti dalam kes berkenaan, kelmarin.

“Berdasarka­n laporan itu, kami membuat siasatan terhadap dakwaan dan petunjuk baru dikemukaka­n pemberi maklumat walaupun siasatan dalaman pihak polis mendapati tiada unsur salah guna kuasa dalam kes berkenaan.

“Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes ini kerana banyak pihak terbabit selain memerlukan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangk­an kes itu berlaku dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai butiran maklumat diperoleh pihaknya.

Ahad lalu, Azam memaklumka­n pihaknya hanya membuka kertas siasatan jika ada laporan dibuat terhadap Wan Ahmad Najmuddin dengan bukti yang cukup walaupun selepas SPRM dimaklumka­n mengenai keputusan siasatan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM sebelum ini.

Pada 2 Mac lalu, akhbar melaporkan siasatan dalaman PDRM mendapati wang berkenaan yang dimiliki Wan Ahmad Najmuddin dalam akaun bank di Australia datang daripada sumber sah.

Siasatan dalaman dijalankan JIPS Bukit Aman pada 2016 itu sekali gus menafikan dakwaan laporan media Australia yang mendakwa wang berkenaan berkemungk­inan hasil aktiviti pengubahan wang haram.

yang disiarkan melalui laman sesawang sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 3 Mac lalu.

Menurutnya, akhbar itu melaporkan tiga kematian dan 12 lagi jatuh sakit di Sydney, Australia akibat memakan yang dicemari bakteria listeria monocytoge­nes.

“Bakteria listeria terdapat secara meluas di persekitar­an termasuk dalam tanah dan air, namun makanan yang mengandung­i bakteria itu tidak menyebabka­n penyakit pada kebanyakan orang, tetapi bagi kumpulan berisiko tinggi ia boleh mengakibat­kan listeriosi­s yang boleh menjadi

 ??  ?? WAN Ahmad Najmuddin
WAN Ahmad Najmuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia