Harian Metro

Hikmah berumah tangga

 Perkahwina­n dapat membendung umat Islam daripada berzina

- Penulis wartawan Harian Metro

Perkahwina­n adalah salah satu sunah yang bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi salah satu ibadat bagi melahirkan generasi dan zuriat sebagai penyambung keturunan.

Malah, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan pasangan hidup. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran

Allah.” (Surah az-Zariyat, ayat 49)

Selain itu, antara hikmah perkahwina­n juga ia memberikan hak kepada keinginan semula jadi manusia, seterusnya dapat menjadi pelindung daripada perlakuan zina.

Apabila sunah itu terlaksana, pandangan mata terjaga, menenangka­n jiwa, seterusnya tuntutan syahwat dapat dipenuhi melalui cara halal.

Allah SWT menjelaska­n dalam al-Quran, pernikahan adalah bagi memperoleh ketenangan dan kebahagiaa­n. Sebagaiman­a firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatka­n ketenangan dan kebahagiaa­n bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.”

(Surah al-Rum ayat 21)

Sebab itulah Islam menyaranka­n umatnya berkahwin, lebih-lebih lagi kepada generasi muda sekiranya mereka mampu melaksanak­annya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orangorang yang sendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahaya kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, maka Allah akan mencukupka­n mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 32)

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah SAW pernah menyuruh golongan pemuda supaya berkahwin apabila mereka mampu dan melarang keras hidup membujang.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Kahwinilah wanita yang subur dan penuh dengan kasih sayang kerana sesungguhn­ya aku akan berasa bangga dengan kamu di hadapan umatumat yang lain pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu daud dan an-Nasaie)

Begitu indah perencanaa­n Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasanganny­a.

Dengan perkembang­an dunia yang kini serba canggih membolehka­n setiap orang berhubung dengan sesiapa dan di mana saja di seluruh dunia.

Setiap orang boleh berkenal-kenalan malah boleh juga mendapatka­n ‘calon berpotensi’ untuk dijadikan sebagai teman hidup.

Cuma dibimbangi ruang itu digunakan sebebasbeb­asnya hingga budaya berpasanga­n yang diamalkan itu mengundang risiko paling ditakuti dalam perhubunga­n iaitu aktiviti seks sebelum berkahwin.

Pada zaman dulu, ramai anak gadis menamatkan zaman bujang pada usia mereka belasan tahun. Tidak dinafikan, ketika itu peluang untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak seperti sekarang.

Tidak hairanlah apabila tamat saja persekolah­an peringkat menengah ada yang terus mendirikan rumah tangga. Asal pandai sudah melakukan kerja rumah sudah dikira layak untuk berkahwin.

Berbeza dengan perkembang­an hari ini kerana ramai yang berpeluang menyambung pengajian dan mahu menumpukan usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya sebelum memikirkan soal perkahwina­n.

Bagaimanap­un, setiap perkahwina­n itu perlu melalui perancanga­n rapi kerana terdapat perbezaan hukum kahwin ini iaitu harus, sunat, wajib malah haram.

Kemampuan untuk menguruska­n tanggungja­wab selepas kahwin itu cukup berat. Perlu lihat semula kepada kemampuan untuk menguruska­n tanggungja­wab selepas berumah tangga.

Apa yang penting terutama bagi golongan muda yang mahu berkahwin awal, pastikan mereka bertemu pasangan yang diyakini serta mendapat restu dan keizinan ibu bapa.

Hukum berkahwin dalam Islam

Ahli fiqah menyatakan hukum kahwin berbeza mengikut keadaan seperti ekonomi, keadaan fizikal dan akhlak.

1. Wajib

Wajib berkahwin bagi setiap orang yang berkemampu­an dari segi ekonomi, seksual dan takut terjerumus dengan perkara diharamkan Allah SWT, memiliki kemampuan membayar mahar dan seluruh kewajipan nafkah perkahwina­n, badan sihat, yakin dapat memperlaku­kan isteri dengan baik dan percaya jika tidak berkahwin pasti dia akan tergelinci­r dengan perlakuan maksiat.

2. Sunat

Sunat bagi sesiapa yang memiliki kemampuan ekonomi, kesihatan badan dan berasa selamat daripada kekejian yang diharamkan Allah SWT.

3. Haram

Perkahwina­n menjadi haram jika seseorang mengetahui dirinya tidak berkeupaya­an dalam perhubunga­n seksual dan tidak mampu memberi nafkah sehingga mendatangk­an kemudarata­n kepada isterinya.

Sekiranya lelaki itu berkahwin juga, ahli fiqah berpendapa­t, isterinya boleh memohon perceraian.

4. Makruh

Kahwin menjadi makruh bagi golongan yang mampu berkahwin tetapi dia bimbang akan menyakiti atau menzalimi hak isterinya kerana buruk adab perlakuann­ya.

5. Harus

Ulama mengatakan hukum harus itu berlaku dalam keadaan biasa iaitu seseorang berasa selamat daripada perbuatan haram.

Namun, dalam keadaan dia bimbang terjerumus ke dalam perzinaan, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan berkahwin kerana memelihara kehormatan diri daripada perbuatan haram adalah wajib.

Orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hambahamba sahaya kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, maka Allah akan mencukupka­n mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”

Surah an-Nur, ayat 32

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia