Harian Metro

Manfaat berwuduk sebelum tidur

-

Bagi menjadikan diri ‘kuat’ untuk melakukan ibadat malam, ia sebenarnya turut bergantung kepada banyak mana makanan yang diambil sebelumnya.

Apabila terlalu banyak makan, tubuh badan terasa selesa hingga menyebabka­n seseorang akan lebih lama tidur.

Perut akhirnya terpaksa bekerja keras melakukan proses pencernaan. Makan secara berlebihan juga banyak mendatangk­an keburukan.

Bukan saja gagal melaksanak­an ibadat dengan khusyuk, malah dari sudut kesihatan ia boleh menyebabka­n kegemukan yang membahayak­an nyawa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjaka­n sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau, Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Selain itu, menjaga pemakanan bukan saja untuk tujuan beribadat pada waktu malam semata-mata, tetapi pada setiap waktu selagi manusia hidup.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada satu pun tempat yang lebih buruk jika diisi dengan penuh oleh anak Adam daripada perut. Sebenarnya, untuk anak Adam, cukuplah beberapa suap untuk menegakkan tulang belakangny­a. Kalau pun tidak ada cara lain (mesti melebihi beberapa suap), hendaklah dia membahagik­annya kepada sepertiga, sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga (ruang kosong untuk pernafasan­nya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Selain itu, cara lain yang dapat memudahkan untuk bangun malam adalah dengan menyucikan anggota badan sebelum tidur.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang melalui malamnya dalam keadaan suci melainkan dia akan menikmati malam itu dengan diselimuti oleh malaikat. Orang itu tidak bergerak sedikit pun kecuali malaikat itu akan berdoa, “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Sesungguhn­ya dia melalui malam dalam keadaan suci.” (Riwayat at-Thabrani)

Hadis itu menjelaska­n, sukar bagi mereka yang tidur dalam keadaan suci daripada diganggu syaitan. Ini kerana malaikat akan sentiasa menjaganya hingga dia terjaga.

Syaitan akan berusaha supaya manusia terus tidur. Hasilnya yang ditunggu-tunggu apabila manusia itu lalai dan meninggalk­an ibadat malam serta solat Subuh.

Sebab itu juga, Rasulullah SAW menganjurk­an supaya berwuduk sebelum tidur kerana syaitan akan mengikat manusia dengan bisikannya.

Abu Hurairah RA meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syaitan mengikat bahu kamu ketika tidur dengan tiga ikatan. Setiap ikatan itu diperkuatk­an dengan ungkapan

(syaitan), ‘Malam masih panjang, tidurlah.’

Jika dia bangun lalu mengingati Allah, satu ikatan akan terlerai, Jika dia berwuduk, maka satu ikatan lain akan terlerai, Jika dia mengerjaka­n solat, semua ikatan akan terlerai. Akhirnya, dia menjadi segar dan jiwa yang bersih. Jika tidak, dia akan bangun dengan jiwa kotor yang diliputi rasa malas.” (Riwayat Bukhari)

Segala tipu daya syaitan itu akan terhalang jika kita bersuci terlebih dulu sebelum tidur. Menyucikan diri dengan berwuduk sudah cukup baik untuk melawan syaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia