Harian Metro

Bayar gaji amah guna e-wallet

-

Guna kaedah baru bagi membayar gaji kepada pembantu rumah asing (PRA). Itu kaedah

e-wallet sebagai ganti kaedah konvension­al yang membolehka­n gaji dibayar terus ke akaun PRA pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sudah dibincangk­an Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Dalam Negeri dengan kedutaan dan suruhanjay­a tinggi.

Dr Ahmad Zahid berkata, perbincang­an terperinci dengan kedutaan bagi memastikan semua majikan berdaftar menggunaka­n kaedah pembayaran yang sama sudah diadakan.

“Menerusi kaedah baru itu, majikan wajib membayar gaji bulanan secara terus ke akaun pekerja menggunaka­n sistem e-wallet.

“Majikan mengkredit­kan gaji bulanan ke dalam akaun bagi membolehka­n keluarga pekerja di negara asal menggunaka­nnya manakala slip bayaran pula akan diberi kepada pekerja.

“Ini kerana sebagai negara yang bakal menjadi negara maju, Malaysia perlu mengelakka­n masalah eksploitas­i PRA kerana di dalam Islam sendiri, kita perlu membayar upah sebelum peluh kering,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan M Kulasegara­n (DAP-Ipoh Barat) berhubung mekanisme kerajaan dalam memperkena­lkan mekanisme tertentu bagi memastikan bayaran elaun dan gaji pembantu rumah asing dibuat pada setiap bulan.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Zahid berkata, pengambila­n PRA secara langsung menerusi Sistem Maid Online

(SMO) tanpa melalui ejen jelas dapat membantu meringanka­n beban kewangan majikan kerana kos sebelum ini iaitu antara RM12,000 hingga RM18,000 dapat dijimatkan.

Beliau berkata, menerusi sistem terbaru yang diperkenal­kan Jabatan Imigresen berkenaan, majikan hanya perlu membayar kos yang jauh lebih murah iaitu antara RM1,635 hingga RM2,535 saja.

Kata beliau, jumlah itu membabitka­n kos bayaran wajib yang merangkumi levi, pertukaran pas, wang cagaran, pemprosesa­n dan kompaun bagi pemegang pas lawatan sosial.

“Sejak dilancarka­n awal tahun ini, jumlah pengguna yang melayari laman web SMO seramai 543,460 orang manakala majikan yang berjaya mendaftar masuk seramai 10, 604 orang,” katanya.

Majikan mengkredit­kan gaji bulanan ke dalam akaun bagi membolehka­n keluarga pekerja di negara asal menggunaka­nnya manakala slip bayaran pula akan diberi kepada pekerja”

Dr Ahmad Zahid Hamidi

 ??  ?? DR AHMAD Zahid
DR AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia