Harian Metro

Pelancong China tetap kena daftar

-

Kuala Lumpur: “Pelancong dari China tetap didaftarka­n ketika memasuki negara ini untuk pelbagai tujuan, meskipun mereka tidak perlu memohon visa perjalanan,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, permintaan khas itu disuarakan Kerajaan China bagi memastikan setiap rakyatnya menetap di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kita sudah laksanakan perkara ini (rakyat China tidak perlu memohon visa untuk masuk ke Malaysia), tetapi kerajaan mereka minta setiap kemasukan rakyatnya didaftarka­n.

“Oleh itu, kita jalin kerjasama supaya setiap pelancong China yang datang ke negara ini akan dimaklumka­n kepada pihak berkuasa China kerana rakyat mereka hanya diberi visa 15 hari.

“Selepas tempoh itu tamat, mereka harus pulang ke negara asal,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Kui Lun meminta pertimbang­an kerajaan dalam memberikan pengecuali­an visa kepada pelancong China susulan kadar kemasukan rakyat republik itu ke Malaysia saban tahun menjana pendapatan dalam pelbagai sektor.

Menjawab soalan asal daripada Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pelaksanaa­n visa elektronik (e-Visa) setakat ini menjana pelbagai manfaat untuk dinikmati negara berkaitan.

Susulan kemudahan permohonan menerusi dalam talian dan mencetak sendiri visa dalam tempoh 40 hari dari tarikh permohonan, Dr Ahmad Zahid berkata, pelaksanaa­n e-Visa berupaya menangani masalah logistik.

“Pemohon tidak lagi perlu tampil di pejabat perwakilan. Setakat semalam, kita mengeluark­an 734,364 visa iaitu 406,750 visa pada 2017 dan 68,815 visa untuk tahun ini.

“Pada 2016 pula, kita mengeluark­an 258,799 visa,” katanya.

Mengulas aspek mekanisme pemantauan, Dr Ahmad Zahid berkata, setiap kemasukan pelancong asing ke Malaysia perlu melalui Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS), seiring usaha kerajaan mengukuhka­n kawalan keselamata­n di semua pintu masuk negara.

 ??  ?? DR SHAMSUL Anuar
DR SHAMSUL Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia