Harian Metro

Bergaduh dalam hujan

- DARI MUKA R23

Antara cabaran Zahiril ketika jayakan filem One, Two, Jaga

Dalam pada itu, membawa watak Hussein, seorang anggota polis dalam filem One, Two, Jaga memberi cabaran tersendiri buat Zahiril.

Dalam filem arahan Namron itu, Zahiril berganding­an dengan barisan pelakon antaranya Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Sofia Jane,

Zaidi Omar dan pelakon Indonesia Ario Bayu serta Asmara Abigail.

Menurut Zahiril, Hussein anggota polis yang bekerja mengikut undang-undang dan tegas menolak rasuah.

“Apa yang mencabar ialah saya perlu melakonkan watak peribadi anggota polis. Maklumlah, tubuh saya kecil dan bimbang ia tidak dapat meyakinkan penonton,” katanya.

Zahiril berkata, lebih mencabar dia juga perlu menjayakan babak pergaduhan dalam hujan.

“Saya juga memakai but dan ia senang tergelinci­r dalam hujan. Selain itu, saya perlu menjalani sesi latihan empat babak pergaduhan tapi ketika penggambar­an, kami terpaksa mengejar masa dan hanya jadikan ia satu babak,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Namron pula, kata Zahiril, dia sudah banyak kali bekerja dengan pengarah berkaliber itu.

“Apabila sudah banyak kali bekerjasam­a, proses komunikasi menjadi lebih mudah dan dia faham apa yang saya mahukan.

“Dari segi jalan cerita pula, ia membabitka­n isu pendatang asing di Malaysia. Saya percaya tidak ada naskhah yang mengangkat isu pendatang asing setakat ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, kata Zahiril, dia juga terbabit dengan penggambar­an drama bersiri 13 episod berjudul Warkah Di

Firenzia membabitka­n penggambar­an di Florence, Itali.

“Saya perlu belajar bahasa Bugis dalam drama itu. Ada guru yang mengajar di lokasi penggambar­an dan selaku penterjema­h,” katanya yang turut terbabit dengan penggambar­an drama bersiri enam episod berjudul KL Gangster Underworld untuk tayangan di iFlix.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia