Harian Metro

Gigih kejar impian

- DARI MUKA R23

“Jadual saya padat dengan banyak perkara penting. Hinggakan tiada masa untuk fikir soal cinta.

“Namun, saya tidak nafikan sedang berkawan dengan seseorang. Cuma, untuk perkongsia­n lanjut soal hati rasanya belum sampai masa lagi.

“Kini saya mahu kejar impian dalam karier dan pelajaran dulu. Itu fokus utama saya dan urusan peribadi seperti jodoh, biar Allah SWT yang tentukan,” katanya.

Nazeera yang kian dikenali menerusi drama Pembancuh Kopi Mr Vampire tahun lalu berkata dia tidak terlalu kecewa dan terluka dengan kegagalan percintaan lalu.

Selesa mengambil pendekatan positif, Nazeera berkata dia akur tiada jodoh dan perancanga­n Allah adalah terbaik yang wajar disyukuri.

Berbicara mengenai karier lakonannya,

Nazeera kini sibuk dengan penggambar­an drama

Cinta Fatamorgan­a arahan Heykal Hanafiah untuk slot Akasia di TV3.

Melakonkan watak pembantu dan antagonis, Nazeera berkata dia tidak begitu memilih watak asalkan jalan cerita drama dibintangi mantap dan diyakini meninggalk­an kesan.

Selain itu, Nazeera juga akan muncul untuk watak utama dalam drama 13 episod, Skrin Sentuh Hati Erynna di RTM tidak lama lagi. Begitu juga, drama istimewa untuk tayangan Aidilfitri.

Bakat seni

Nazeera diperluask­an dalam bidang nyanyian,

muncul dengan single Tetap Ada

Cinta

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia