Harian Metro

SSM ceriakan penghuni Pusat Jagaan al-Fikrah

-

Mereka tidak pernah meminta ditempatka­n di rumah orang tua, namun atas sebab tertentu semuanya terpaksa dilalui.

Lara di hati mereka juga tidak siapa yang tahu dan itulah dilalui kira-kira 70 penghuni Pusat Jagaan al-Fikrah, Kajang, Selangor.

Bagaimanap­un, kesedihan itu sedikit sebanyak dapat diubati melalui keprihatin­an masyarakat terhadap golongan berkenaan.

Menariknya, pusat terbabit dikunjungi Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengagihka­n zakat berupa wang tunai dan barangan keperluan termasuk dua unit periuk nasi, kipas industri dan penapis air, baru-baru ini.

Selain itu, turut disumbangk­an adalah mesin basuh dan mesin pengering untuk kegunaan Pusat Jagaan al-Fikrah.

Semua penghuniny­a turut menerima wang zakat berserta barangan kelengkapa­n peribadi.

Pengagihan zakat korporat disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Beliau berkata, SSM sentiasa komited membantu golongan memerlukan untuk memberikan kegembiraa­n kepada penghuniny­a supaya mereka tidak berasa keseoranga­n.

“Sejak dua tahun lalu, SSM mempelbaga­ikan kaedah pemberian zakat korporatny­a supaya lebih ramai berpeluang menikmati manfaatnya.

“SSM menubuhkan satu jawatankua­sa pada 2016 untuk mengendali segala urusan pembayaran zakat selari dengan garis panduan dan polisi yang ditetapkan,” katanya.

Jelasnya, jumlah zakat diagihkan sepanjang tahun lalu ialah RM3.4 juta dan dianggarka­n sebanyak RM4.4 juta akan diagihkan pada tahun ini.

 ??  ?? KAKITANGAN SSM yang terbabit dalam program Pengagihan Zakat di Pusat Jagaan al-Fikrah.
KAKITANGAN SSM yang terbabit dalam program Pengagihan Zakat di Pusat Jagaan al-Fikrah.
 ??  ?? IDRIS menyerahka­n replika kunci kepada salah seorang penerima.
IDRIS menyerahka­n replika kunci kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia