Harian Metro

Bela nasib pelarian syria

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang aktif membela pelarian di negara bergolak Syria.

Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan kepada rakyat negara itu menerusi beberapa misi bantuan kemanusiaa­n bagi tujuan meringanka­n pelarian Syria yang ditindas.

Namun, usaha murni itu menjadi lebih menarik apabila disertai bekas penyampai radio Hot FM Fara Fauzana atau lebih dikenali dengan FaFau yang dilantik menjadi Duta Kemanusiaa­n MLLFS.

Kali pertama Fara Fauzana terbabit bersama misi kemanusiaa­n MLLFS ialah Misi Bantuan Kemanusiaa­n Bantuan Musim Sejuk Syria selama 10 hari pada Disember tahun lalu.

Fara Fauzana bakal menyertai tiga lagi misi bantuan MLLFS iaitu Charity Fun for

Syria pada 12 Mei, Misi Bantuan Ramadan alHabeeb (pelarian Syria di Jordan dan Turki) pada 1 hingga 11 Jun dan Misi Penyembeli­han Korban.

Menurut Fara Fauzana, dia bersedia memberikan komitmen untuk membantu pelarian

Syria yang berhadapan konflik kemanusiaa­n terburuk abad ini menerusi pertubuhan terbabit.

“Peluang membantu pelarian Syria memberikan pengalaman berharga kerana sebelum ini saya hanya melihat penderitaa­n mereka menerusi media.

“Pengalaman tidak dapat dilupakan ialah bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bernama Syaimaa’ yang kini hilang penglihata­n akibat terkena serpihan peluru turut mengorbank­an abangnya,” katanya.

Beliau berkongsi sedikit pengalaman­nya dalam program Minum Petang

‘Up Close and Personal #Fafau4Syri­a’ yang diadakan di Hotel TH, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Program itu turut diserikan dengan persembaha­n daripada kanak-kanak pelarian Syria yang belajar di Pusat Belajar Alternatif Jasmine Ash-Sham yang dibuka oleh MLLFS di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mengajak mereka yang ingin membantu untuk turut bersama menyertai misi berkenaan dengannya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS Syahir Azfar Saleh berkata, orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sokongan kepada misi bantuan dilakukan MLLFS dengan menghulurk­an sumbangan.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5648105139­71, Bank Rakyat

1111510011­55, Bank

Islam 1421001000­9882 dan Affin Islamik Bank 1050400308­83 atas nama MLLFS Berhad,” katanya.

Fara Fauzana

dilantik Duta Kemanusiaa­n

MLLFS

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan bersama sukarelawa­n MLLFS.
BERGAMBAR kenangan bersama sukarelawa­n MLLFS.
 ??  ?? FARA Fauzana memotong kek bersama murid Pusat Belajar Alternatif Jasmine Ash-Sham.
FARA Fauzana memotong kek bersama murid Pusat Belajar Alternatif Jasmine Ash-Sham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia