Harian Metro

TRAK Kosmetik JELAJAH SELURUH NEGARA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Solekan dan wanita ibarat aur dengan tebing. Bagi sesetengah kaum Hawa, tanpa sedikit calitan solekan pun dirasakan tidak lengkap hidup apatah lagi untuk tampil di khalayak.

Mujurlah dengan kemunculan pelbagai jenama kosmetik di negara ini baik jenama antarabang­sa mahupun tempatan menjadi penyelamat buat wanita yang mementingk­an penampilan diri.

Menyedari permintaan memberangs­angkan daripada peminat barangan kosmetik di negara ini, selain menghasilk­an produk berkualiti dan berkesan, pengusaha barangan itu turut menggunaka­n pelbagai kaedah unik untuk menarik minat pelanggan.

Antaranya, jenama kosmetik Zawara Cosmetics & Wellness yang meluaskan rangkaian perniagaan­nya dengan memperkena­lkan trak kosmetik pertamanya, Cosmetic Machine.

Cosmetic Machine adalah trak kosmetik membawa konsep era baru pusat belibelah di depan pintu rumah anda sekali gus memberi nafas baru untuk semua penggemar solekan.

Pengasasny­a, Nur Fadilla Abd Karim berkata, konsep butik kosmetik bergerak itu akan menjelajah ke seluruh negara menemui stokis, ejen dan peminat jenama itu.

“Sepanjang jelajah berlangsun­g, sesi tutorial solekan akan dilakukan di dalam trak itu sendiri memandangk­an trak itu turut dilengkapi meja dan cermin khas khusus untuk pelanggan.

“Butik kosmetik bergerak ini bertujuan membawa kecantikan lebih dekat kepada pelanggan kerana di dalamnya sendiri terdapat produk untuk dicuba oleh pelanggan.

“Rekaan Cosmetic Machine ini berkonsep santai dan dekat dengan jiwa golongan wanita. Gabungan warna yang dipilih untuk tema Zawara adalah merah jambu, biru dan hitam, sekali gus menjadikan Zawara Cosmetic Machine lain dari yang lain dan mudah dikenali ramai,” katanya ketika majlis pelancaran Cosmetic Machine di Shah Alam, baru-baru ini.

Ketika majlis berlangsun­g, pelbagai acara dianjurkan untuk pengunjung termasuk tutorial solekan oleh jurusolek jemputan selain tetamu diberi peluang bertanyaka­n soalan berkenaan solekan, tip kemasan dalam solekan dan pelbagai program menarik.

Sejak ditubuhkan Mac 2015, Nur Fadilla berkata, jenama itu mengeluark­an pelbagai produk penjagaan kulit, kosmetik, wangian lelaki dan wanita serta rangkaian produk penjagaan diri.

“Pada awal tahun ini, Zawara mengeluark­an beberapa produk baru seperti bedak asas, beg solekan, pembersih peribadi wanita, syampu, gincu dan maskara.

“Pelbagai lagi produk baru diperkenal­kan

Zawara pada tahun ini, bagi memberikan pelanggan lebih banyak pilihan,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu komited menyediaka­n barisan produk kosmetik halal, berkualiti tinggi dan sesuai dengan permintaan semasa pasaran yang mencari produk boleh dipercayai dan berpatutan.

 ??  ?? TRAK Cosmetic Machine.
TRAK Cosmetic Machine.
 ??  ?? NUR FADILLA
NUR FADILLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia