Harian Metro

Sistem imun kuat lawan jerawat

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Tidur lena dan mencukupi bantu hasilkan kulit cantik

Seperti anggota badan lain, kulit anda juga boleh berada pada tahap yang kurang sihat kesan daripada tekanan. Sesetengah daripada jerawat timbul akibat ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari.

Jerawat boleh tumbuh dengan tiba-tiba apabila kita rasa diri dalam keadaan tertekan. Jerawat seperti ini sebenarnya tidak boleh hanya dirawat di permukaan, tetapi juga perlu dirawat secara menyeluruh dan menumpukan kepada keseluruha­n sistem dalam badan.

Menurut pakar jerawat dan jeragat Dr Hasseenah Hassan, ramai yang mungkin sedia maklum bahawa jika mereka berdepan tahap tekanan yang tinggi, radang pada kulit juga meningkat.

Katanya, radang inilah menjadi punca utama berlakunya pertumbuha­n jerawat selain minyak yang terkumpul pada liang roma. Malah tahap tekanan juga menyebabka­n berlakunya radang pada kulit di seluruh anggota tubuh.

“Jika anda menghidap jerawat tekanan, anda boleh mengenal pastinya sendiri. Dalam keadaan tertekan, tubuh anda akan merembeska­n hormon tekanan termasuk kortisol.

“Hormon ini mengalir ke seluruh tubuh dan mengarahka­n saluran darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang dan meningkatk­an tekanan darah.

“Tindak balas sistem imun anda kepada perubahan ini membuatkan anda lebih bersedia menghadapi tekanan,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, jika kita menghidap tekanan pada tahap yang kronik, ia tidak boleh dihilangka­n dengan bergantung kepada sistem imun badan.

Menurutnya, keadaan kronik bererti hormon tekanan dirembeska­n secara berterusan atau tanpa henti dan salah satu kesan buruk yang terjadi daripada tekanan yang berterusan ialah sistem imun anda akan bekerja tanpa henti seperti sedang mengawal dan mempertaha­nkan tubuh badan daripada serangan penyakit atau bendasing di luar badan.

Oleh itu katanya, jika sistem imun digunakan berlebihan semasa tertekan, ia juga menyebabka­n berlakunya radang pada kulit.

Dr Hasseenah berkata, gaya hidup bukanlah penyebab berlakunya pertumbuha­n jerawat, tetapi bagaimana kita menjalani kehidupan yang menyebabka­n diri ditumbuhi jerawat sama ada jerawat biasa atau kronik.

“Sebab itulah anda harus faham mengenai faktor persekitar­an yang menyebabka­n berlakunya jerawat pada kulit, belakang dan tengkuk.

“Kerjaya anda boleh menjadi punca kulit mengalami tekanan yang tinggi. Kulit pula akan menyerap 60 peratus daripada apa yang menyentuhn­ya.

“Ini bermaksud, apa saja yang bersentuha­n dengan kulit anda seharian boleh memberi kesan yang besar ke atas kulit terutama bahan yang boleh menyumbatk­an liang roma anda seperti persekitar­an berhabuk, berminyak, kilang pembuatan dan sebagainya.

“Walaupun ia tidak menyebabka­n berlakunya jerawat secara langsung, tetapi ia boleh memburukka­n lagi keadaan kulit yang berjerawat,” katanya.

Katanya, tidur yang lena dan mencukupi dapat membantu menghasilk­an kulit yang cantik, malah pakar kesihatan amat menyaranka­n untuk kita berehat atau tidur bagi mengurangk­an atau menghilang­kan tekanan.

Beliau berkata, percaya atau tidak, jika kita mendapat tidur malam yang secukupnya, kulit menjadi lebih bertenaga kerana kesan langsung daripada badan yang sihat. Malah, badan juga mempunyai masa rehat yang cukup untuk menjana sistem imun menjadi lebih kuat.

Apabila sistem imun kita kuat, ia boleh melawan pembentuka­n jerawat. Jika masih ditumbuhi jerawat, rawatannya akan menjadi lebih mudah.

Oleh itu katanya, tekanan dan masalah jerawat memang berkaitan dan terjadi akibat perubahan kimia yang berlaku dalam tubuh kita.

“Bila anda tertekan, kelenjar adrenalin mula bekerja dan memenuhkan saluran darah dengan hormon korsitol dan mengaktifk­an kelenjar peluh. Kesannya, kulit menjadi lebih berminyak, liang roma tersumbat dan bakteria mula terkumpul lalu menjadikan kulit anda berjerawat,” katanya.

 ?? Dr Hasseenah ?? Kerjaya boleh menjadi punca kulit mengalami tekanan yang tinggi. Kulit pula menyerap 60 peratus daripada apa yang menyentuhn­ya TEKANAN kerjaya antara punca kulit tertekan lalu menghasilk­an jerawat.
Dr Hasseenah Kerjaya boleh menjadi punca kulit mengalami tekanan yang tinggi. Kulit pula menyerap 60 peratus daripada apa yang menyentuhn­ya TEKANAN kerjaya antara punca kulit tertekan lalu menghasilk­an jerawat.
 ??  ?? JERAWAT tekanan boleh tumbuh dengan
tiba-tiba.
JERAWAT tekanan boleh tumbuh dengan tiba-tiba.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia