Harian Metro

Kak Bed pasrah ujian hidup

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Belasan tahun bertugas di konti radio, suara Abby Fana atau mesra dengan sapaan, ‘Kak Bed’ bukan asing lagi.

Terutama, buat pendengar setia segmen Sembang Sinar di Sinar FM yang dikemudika­n Abby sejak 2006.

Pemilik nama sebenar Habsah Omar, 52, ini juga boleh dianggap kalis gosip sejak awal pembabitan­nya dalam bidang penyiaran radio.

Begitu juga, di kala dirinya diberi kepercayaa­n menggalas tugas mengacara program Malaysia Hari Ini di TV3 dari 2002 hingga 2011.

Ibu tunggal dua anak ini tetap bebas kontrovers­i meskipun wujud stigma terhadap wanita berstatus ‘solo’ sepertinya.

Boleh dilabel sebagai wanita berjiwa cekal, siapa sangka tahun ini genap 25 tahun Abby berstatus ibu tunggal.

Bersikap terbuka berbicara mengenai kehidupann­ya, Abby berkata dia sama sekali tidak pernah menutup pintu hati.

“Memanglah kecewa kerana gagal dalam perkahwina­n, tetapi saya tidak boleh pertikai takdir.

“Cuma hingga kini aturan Allah SWT itu lebih baik buat saya untuk meneruskan kehidupan tanpa lelaki di sisi.

“Apatah lagi, dua anak lelaki saya iaitu Afiq Nazreen, 28, dan Adli Nazreen, 27, sudah besar. Malah, saya pun kini ada menantu.

“Jadi, kehidupan harian saya pada usia sekarang sangat bahagia. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Kata Abby lagi, biarpun bukan mudah menggalas tanggungja­wab sebagai ibu tunggal, dia pasrah dengan ujian hidup.

“Dulu sukar untuk saya berkongsi perasaan dan pengalaman dilalui. Terus terang, saya memang letakkan ‘tembok’ sebagai penghalang.

“Bagaimanap­un, faktor usia makin meningkat menyebabka­n saya semakin matang dan lebih positif.

“Bagi saya, sudah tiba masanya berkongsi apa yang terbaik untuk dijadikan panduan ibu tunggal yang lain,” katanya.

BINA SEMANGAT

Jodoh Abby yang ‘berakhir’ pada Mac 1993 ketika berusia 27 tahun diakui cabaran besar dalam hidupnya.

“Saya bercerai dengan bekas suami ketika masih muda dan anak pun kecil lagi. Anak yang kedua masih menyusu.

“Bagaimanap­un, inilah namanya suratan takdir dan saya perlu laluinya dengan tabah. Mujur ada sokongan keluarga terutama ibu saya, Raminah Sudin yang menjadi sumber kekuatan,” katanya.

Menurut Abby lagi, sebagai ibu tunggal dan wanita yang melalui fasa perceraian, dia bina semula semangatny­a dengan tiga perkara utama.

“Pertama, kena terima hakikat diri sudah bercerai. Kedua, bersyukur diceraikan daripada digantung tidak bertali dan ketiga, beranikan diri untuk bina hidup baru.

“Saya lupakan apa yang sudah terjadi dan belajar sayangi diri sendiri. Apatah lagi, jika ada anak, masa depan mereka paling utama,” katanya.

Menurut Abby, sebagai pesonaliti atau selebriti apa yang penting bagi yang berstatus ibu tungga perlu pandai jaga diri. Jangan biar diri menjadi ‘mangsa keadaan’.

 ?? Abby ?? Faktor usia makin meningkat menyebabka­n saya semakin matang dan lebih positif
Abby Faktor usia makin meningkat menyebabka­n saya semakin matang dan lebih positif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia