Harian Metro

Kasih sayang penawar penyakit

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Realiti kehidupan pasti tidak mampu mengelak takdir. Ia sudah ditentukan sejak azali dan kita perlu berlapang dada menerimany­a.

Persoalan inilah cuba dirungkai pengarah Shirin Khuzaimi menerusi filem Takdir yang membariska­n pelakon Riezman Khuzaimi, Elizad Sharifuddi­n, Edika Yusof, Keena dan Elisya Sandha.

Filem itu menjurus kepada kasih sayang dan penyatuan keluarga yang diuji takdir tidak diduga.

Berkongsi pengalaman membintang­i filem itu, Riezman berkata, dia melakonkan watak Aziz, suami kepada Sofia yang menghidap barah ovari.

“Filem ini berkonsep kekeluarga­an dan motivasi kerana dari mula sehingga akhir ia menonjolka­n isu realiti dalam masyarakat. Ceritanya lebih kepada memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya tertarik menjayakan filem ini kerana skripnya sangat bagus. Ia bukan untuk capai kutipan pecah panggung, tetapi lebih kepada kesedaran,” katanya.

Kata Riezman, penerbit Ken Chia dari Rousing Muses Pictures menghasilk­an filem itu bukan untuk mencari keuntungan semata-mata.

“Dia mahu masyarakat lebih peka dengan barah ovari. Ken cuba mempelbaga­ikan genre karya terbitan syarikatny­a.

“Sofia menghidap kanser ovari. Daripada situ timbul konflik dan bagaimana emosinya berdepan saat getir itu. Sebenarnya, ubat untuk melawan penyakit begini ialah kasih sayang dan inilah yang diperlihat­kan dalam Takdir,” katanya.

Riezman berkata, filem itu juga sarat konflik dan sebagai suami, Aziz cuba memahami keadaan isterinya.

“Sampai sekarang saya terikut-ikut watak Aziz. Sebenarnya, sikap itu perlu ada dalam diri setiap lelaki apatah lagi jika bergelar lelaki. Wanita memerlukan sokongan suami, lebih-lebih lagi yang bekerjaya.

“Saya bercerita dengan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan dia tertarik dengan filem ini. Kebetulan isteri saya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, Presiden Kelab Wanita Ikon. Datuk Seri Rohani berminat menjalin kerjasama untuk tayangan filem ini,” kata Riezman.

TUAH TAKDIR

Tuah menyebelah­i mereka apabila 2018 menjadi tahun memperkasa wanita dan secara kebetulan Riezman dilantik sebagai Rakan Strategik program itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lalu.

“Filem ini dimasukkan dalam agenda

Pembanguna­n Wanita Datuk Seri Rohani dan beliau sendiri melancarka­n Takdir pada 8 Mac ini di Universiti Limkokwing, Cyberjaya.

“Selepas itu, kami akan pusing seluruh negara untuk tayanganny­a kerana ia tak ditayangka­n di pawagam. Yang ada hanya tayangan amal dan kutipannya diberikan kepada pertubuhan wanita yang memerlukan,” katanya.

Keena melakonkan watak Mira, kawan kepada Sofia serta terbabit menyanyika­n lagu Kisah Cinta ciptaan Belle Fatah turut dimuatkan dalam filem Takdir.

“Mira banyak menasihati Sofia. Seronoknya, saya berpeluang ke

Berlin, Jerman untuk penggambar­an filem ini.

“Saya berada di sana selama seminggu dan pengalaman bekerja dengan semua pelakon dan pengarah amat mengujakan,” katanya.

Edika pula membintang­i Takdir kerana jalan ceritanya hampir sama dengan pengalaman hidupnya menjaga isteri tercinta yang sakit dan lumpuh.

“Saya tampil sebagai pelakon undangan. Saya bekas kekasih Sofia yang suka mempermain­kan perasaan wanita.

“Saya sukakan filem ini kerana ia ada mesej dan banyak pengajaran. Tambahan lagi saya melalui apa yang dipaparkan kisah ini dalam kehidupan sebenar. Kasih sayang memang penawar terbaik untuk mengubati penyakit,” katanya.

 ??  ?? Tak ditayangka­n di pawagam. Yang ada hanya tayangan amal dan kutipannya diberikan kepada pertubuhan wanita yang memerlukan DARI kiri Edika, Kheena dan Riezman.
Tak ditayangka­n di pawagam. Yang ada hanya tayangan amal dan kutipannya diberikan kepada pertubuhan wanita yang memerlukan DARI kiri Edika, Kheena dan Riezman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia