Harian Metro

Istana tersinggun­g

-

 Keluarga diraja Johor bakal ambil tindakan terhadap laman sesawang dari Singapura

katakan cuba memutar belit kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, beliau mengutuk tindakan laman sesawang itu yang menggunaka­n dan memutar belit kenyataan Tunku Ismail berkenaan isu politik antara Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelanconga­n) dan Robert Kuok (ahli perniagaan).

“Tunku Mahkota Johor tidak pernah memberikan kenyataan mengenai isu berkenaan. Saya minta pihak luar berhenti daripada mengaitkan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor dengan isu politik.

“Jika ada, ia akan dikeluarka­n terlebih dulu menerusi laman rasmi

atau

“Pihak guaman keluarga diraja Johor dan Ketua Polis Johor akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi

Abdul Rahim berkata, kenyataan yang dibuat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Ismail hanya akan dikeluarka­n dua laman rasmi berkenaan.

“Jika ada kenyataan daripada sumber luar selain dari itu, ia tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkenaan satu artikel palsu dan berbaur fitnah ke atas Tunku Ismail pada jam 12.15 tengah malam kelmarin.

“Siasatan awal terhadap artikel atas pautan tajuk http://www.theindepen­dent.sg/johor-crown-prince-chides-no-balls-malay-sianminist­er/ mendapati ia sudah ditarik pentadbir laman sesawang itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahim
ABDUL Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia