Harian Metro

Hidangan belangkas

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

Jika dulu, hidangan eksotik belangkas masih kurang diterima kerana isinya dikatakan beracun, namun menu masakan itu kian mendapat permintaan tinggi.

Kini, belangkas tidak lagi dibiarkan mati begitu saja di tepi pantai atau dibuang sekiranya termasuk ke dalam jaring nelayan kerana harganya boleh mencecah antara RM10 hingga RM15 seekor.

Yakin hidangan eksotik ini terus digemari, anak kelahiran Kampung Nelayan Kuala Linggi mencuba nasib mengusahak­an warung yang menyediaka­n menu utama masakan belangkas.

Azizi Buyaman, 24, pada mulanya hanya mengambil tempahan secara kecil-kecilan pada waktu pagi sebelum keluar bekerja pada waktu petang, namun ternyata masakannya mendapat sambutan menggalakk­an.

Dia kemudian memperkena­lkan Citarasa Belangkas dengan menyediaka­n empat menu istimewa iaitu belangkas sambal, masak lemak cili padi, masak lemak berempah dan mi goreng belangkas.

“Disebabkan kurang restoran atau gerai di sini yang menyediaka­n menu belangkas, jadi saya mencubanya.

“Ternyata sejak Citarasa Belangkas beroperasi tujuh bulan lalu, sambutan amat menggalakk­an baik daripada pelanggan dalam negeri mahupun luar Melaka.

“Buat masa ini, hanya empat menu disediakan tetapi jika ada yang ingin merasa rendang belangkas, boleh membuat tempahan awal kerana saya pentingkan kualiti dan tidak mahu pelanggan kecewa,” katanya ketika ditemui di warungnya di Kampung Nelayan Kuala Linggi.

Azizi berkata, dia bertuah kerana ibunya, Fauziah Mohd Yasin, 51, banyak membantu

disediakan di warungnya segar, selain dia tidak menyimpan stok yang banyak kerana bimbang akan menjejaska­n rasa hidangan.

Katanya, hanya belangkas betina yang dibuat hidangan kerana mempunyai telur.

 Pemuda usahakan warung sedia menu eksotik

 ??  ?? AZIZI menunjukka­n hidangan belangkas masak sambal dan lemak sajian istimewa digerainya.
AZIZI menunjukka­n hidangan belangkas masak sambal dan lemak sajian istimewa digerainya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia