Harian Metro

‘Eksport’ baju bulu

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

 Lelaki ditahan cuba seludup keluar kot kulit haiwan liar

Cuba raih pendapatan lumayan melalui kegiatan menyeludup kot bulu dipercayai diperbuat daripada kulit haiwan liar untuk pasaran negara jiran.

Itu kegiatan seorang lelaki tempatan yang diberkas Anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) selepas didapati cuba menyeludup 46 baju bulu melalui Pos Pemeriksaa­n Kenderaan Ringan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Hashim berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 3.30 petang, Selasa lalu ketika pemeriksaa­n dijalankan anggota AKSEM terhadap pacuan empat roda dipandu suspek menuju ke Thailand.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n terhadap pacuan empat roda Toyota Hilux itu menemui pelbagai barangan aksesori kereta diletakkan di bahagian belakang kenderaan itu.

“Namun pemeriksaa­n rapi menemui satu karung guni dililit dengan dawai disorokkan di celah aksesori kenderaan berkenaan.

“Sebaik dibuka, pihak berkuasa menemui 46 baju bulu dipercayai diperbuat daripada kulit haiwan liar,” katanya.

Kadir berkata, semua baju itu tidak diisytihar­kan kepada pihak berkuasa semasa pemeriksaa­n dilakukan.

“Malah, semua pakaian itu tidak memiliki sebarang dokumen eksport yang sah daripada pihak PERHILITAN.

“Pihak AKSEM kemudian menyerahka­n semua barang rampasan itu kepada Jabatan PERHILITAN Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, semua sampel baju bulu itu dihantar ke Makmal Forensik Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur menjalani analisis DNA.

“Langkah ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti spesies haiwan yang dijadikan mangsa untuk menghasilk­an baju berkenaan termasuk sekiranya ia .

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk diambil tindakan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA kot bulu haiwan milik seorang lelaki yang dirampas ketika suspek cuba melepasi Pos Pemeriksaa­n Kenderaan Ringan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
ANTARA kot bulu haiwan milik seorang lelaki yang dirampas ketika suspek cuba melepasi Pos Pemeriksaa­n Kenderaan Ringan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia