Harian Metro

Tarik pelaburan RM197.1 bilion

-

Malaysia menarik pelaburan diluluskan sebanyak RM197.1 bilion pada 2017, di sebalik persekitar­an ekonomi global yang mencabar.

Bagaimanap­un, ia lebih rendah jika dibandingk­an jumlah pelaburan yang diterima pada 2016 sebanyak RM212.9 bilion berikutan penurunan pelaburan dalam sektor perkhidmat­an.

Dari segi jumlah projek diluluskan, ia meningkat 5.8 peratus kepada 5,466 projek berbanding 5,166 projek.

Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilanga­n, perkhidmat­an dan utama itu dijangka mewujudkan 139,523 peluang pekerjaan.

Pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 72.2 peratus atau RM142.4 bilion sementara pelaburan langsung asing (FDI) mewakili

27.8 peratus atau RM54.7 bilion, yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pelaburan domestik memainkan peranan penting memacu agenda pelaburan negara.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia terus menarik pelaburan pada paras yang baik bagi sektor perkilanga­n berjumlah RM63.7 bilion, berbanding RM58.5 bilion pada 2016.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM39.5 bilion atau 62 peratus projek baru dan RM24.2 bilion atau 38 peratus projek pengembang­an.

Sektor perkhidmat­an pula, katanya, kekal sebagai penyumbang utama kepada pelaburan tahun lalu berjumlah RM121.0 bilion membabitka­n 4,731 projek diluluskan.

“Sektor utama mencatatka­n peningkata­n 51.2 peratus kepada RM12.4 bilion dengan 48 projek diluluskan,” katanya pada Sidang Media Tahunan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) 2018 bagi mengumumka­n prestasi pelaburan di sini, semalam.

 ??  ??
 ?? Mustapa ?? Sektor utama mencatatka­n peningkata­n 51.2 peratus kepada RM12.4 bilion dengan 48 projek diluluskan”
Mustapa Sektor utama mencatatka­n peningkata­n 51.2 peratus kepada RM12.4 bilion dengan 48 projek diluluskan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia