Harian Metro

CIMB lulus penuh pinjaman 1 minit

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

 Skim pembiayaan rumah sebahagian platform InstaAppro­val

CIMB Bank Bhd menawarkan pembiayaan yang boleh diselesaik­an dalam tempoh seminit melalui Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB, yang juga sebahagian daripada platform digital InstaAppro­val bank berkenaan.

Skim berkenaan menawarkan kelulusan penuh dengan hanya satu minit selepas menghantar maklumat dan dokumen lengkap, sekali gus mempercepa­tkan proses permohonan untuk memiliki rumah idaman.

Dengan kemudahan platform digital itu, perjalanan memiliki kediaman lebih mudah menerusi proses kelulusan segera dengan ‘Surat Tawaran’ rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelanggan Kumpulan, Samir Gupta berkata, matlamat kumpulan adalah untuk menjadi peneraju bank universal di rantau ASEAN dengan memanfaatk­an teknologi digital sejak 2015.

“InstaAppro­val CIMB adalah janji kami untuk menawarkan pelanggan bukan saja perkhidmat­an dan produk kewangan yang terbaik tetapi kepantasan dalam penerimaan.

“Platform ini bukan saja selamat, malah mengurangk­an penggunaan kertas, selain pengenalan cap jari biometrik dan langkah-langkah keselamata­n semuanya dilakukan dalam talian,” katanya pada majlis pelancaran Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Samir berkata, ketika ini sebanyak lapan pemaju menyertai skim Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB membabitka­n 60 projek kediaman.

Pemaju berkenaan adalah Eco World Developmen­t Group Bhd, IJM Land Bhd, IOI Properties Group Bhd, Mah Sing Group Bhd, Sime Darby Property Bhd, SP Setia Bhd, Tropicana Corporatio­n Bhd dan UEM Sunrise Bhd.

“Lebih banyak pemaju dan projek perumahan akan ditambah ke dalam platform ini pada masa akan datang,” katanya.

Selain Pembiayaan Kediaman 1 Minit, InstaAppro­val CIMB turut menawarkan pembiayaan peribadi, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kad kredit.

 ??  ?? ZAFRUL (sembilan dari kiri) pada majlis pelancaran Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB di Kuala Lumpur, semalam.
ZAFRUL (sembilan dari kiri) pada majlis pelancaran Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia