Harian Metro

Digital sumbang 20% KDNK pada 2020

-

Shah Alam: Ekonomi digital dijangka menyumbang lebih 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020, kata Ketua Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng.

Beliau berkata, ekonomi digital bakal menjadi enjin pertumbuha­n bagi kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia.

Katanya, penerimaan digital mempunyai potensi untuk meninggalk­an impak yang signifikan terhadap ekonomi negara ini.

“Berdasarka­n kajian, penerimaan digital di negara ini masih tidak mencapai tahap diingini. Ada industri seperti kewangan dan peruncitan yang sudah menerima pakai unsur digital dalam operasi mereka dan kini berada di tahap tertinggi.

“Manakala, bagi industri lain seperti agrikultur dan pertanian, kadar penerimaan digitalnya masih berada di tahap awal. Justeru, sebagai agensi yang bertanggun­gjawab untuk ekonomi digital negara, kami akan memberi tumpuan ke atas pembinaan ekosistem yang betul bagi penerimaan digital,” katanya pada sesi taklimat media mengenai penggunaan teknologi digital di Shah Alam, semalam.

Mengulas lanjut, Ng berkata, MDEC sentiasa menggalakk­an usahawan atau pemilik perniagaan supaya menerima pakai teknologi digital dalam operasi harian mereka.

“Ini kerana inovasi adalah penting untuk menjadikan setiap perniagaan berjaya bertahan dalam tempoh yang panjang. Penerimaan digital juga boleh menyumbang kepada keberkesan­an dan keuntungan yang lebih baik.

“Syarikat yang menerajui pembaharua­n digital dalam perniagaan mereka adalah 26 peratus lebih untung berbanding purata industri,” katanya. Malaysia berada di kedudukan keempat senarai negara terbaik untuk melabur pada 2018, berdasarka­n kajian yang dibuat firma media berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS), US News.

Berdasarka­n senarai 20 negara teratas dibuat oleh firma yang menerbitka­n pelbagai analisis dan kedudukan ekonomi dunia, Malaysia mendahului beberapa negara maju lain di dunia termasuk Singapura di tempat kelima, Australia (keenam) dan Sepanyol (ketujuh).

Negara ASEAN menguasai senarai itu apabila Filipina dinamakan negara terbaik untuk melabur pada 2018, diikuti Indonesia di tempat kedua.

Ia menjadikan empat negara rantau ini melengkapk­an senarai lima negara terbaik untuk melabur pada 2018, selain Poland di kedudukan ketiga.

Melengkapk­an senarai 10 negara terbaik untuk melabur pada tahun ini adalah Thailand di tempat kelapan, India

(kesembilan) dan Oman (ke-10).

 ??  ?? NG
NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia