Harian Metro

Wasiyyah Shoppe rakan strategik MAIPk

-

Lumpur: Wasiyyah Shoppe Bhd diberikan hak eksklusif sebagai rakan strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi menjalanka­n aktiviti kesedaran harta pusaka dan hibah.

Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin berkata, perjanjian selama tiga tahun itu membolehka­n Wasiyyah Shoppe bergerak ke seluruh Perak dengan keutamaan diberikan kepada hibah hartanah dan hibah saham syarikat.

“Idea Gerakan Kesedaran Hibah Perak tercetus hasil daripada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, awal Januari lalu ketika sesi penyerahan watikah pelantikan Ahli MAIPk.

“Dengan penyelaras­an daripada MAIPk, Wasiyyah Shoppe juga akan bergerak ke seluruh negeri bagi memberi ceramah dan membuka klinik bagi membantu rakyat Perak mendapat maklumat dengan lebih tepat mengenai hibah.

“Seperti yang dititahkan baginda Sultan, projek ini mempunyai beberapa objektif utama iaitu antaranya untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Perak berkaitan isu harta pusaka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan berkongsi maklumat mengenai bagaimana hibah boleh membantu pewarisan harta dengan lebih cepat dan cekap.

“Kami juga akan membantu rakyat Perak menyediaka­n dokumen hibah yang patuh syariah serta membantu menyelesai­kan kes pusaka yang masih tertunggak,” katanya.

Ariffin berkata, Wasiyyah Shoppe menjangkak­an seramai 50,000 orang Islam di Perak akan dibantu untuk menyediaka­n dokumen hibah mereka dalam tempoh perjanjian itu.

Dalam majlis menandatan­gani perjanjian itu, MAIPk diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Amiruddin Muhamed manakala Wasiyyah Shoppe oleh Ariffin.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut melancarka­n Gerakan Kesedaran Hibah Perak.

 ??  ?? RAJA Nazrin, Ariffin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd, Azrin Sabirin (kanan) bersama panel Gerakan Kesedaran Hibah Perak.
RAJA Nazrin, Ariffin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd, Azrin Sabirin (kanan) bersama panel Gerakan Kesedaran Hibah Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia