Harian Metro

GADAI NYAWA

- Agensi

 Ibu separuh lumpuh sanggup hamil demi zuriat

Demi mahukan zuriat selepas anak tunggalnya meninggal dunia, wanita yang lumpuh separuh badan dari Suizhou, wilayah Hubei, mempertaru­hkan nyawa untuk hamil sehingga melahirkan bayi kembar.

Selama 40 tahun, setiap pasangan di China hanya dibenarkan mempunyai hanya seorang anak dan bagi pasangan yang kematian satu-satunya zuriat, kehidupan mereka boleh menjadi amat sunyi.

Itulah dialami Fang Zhiying, 48, dan suaminya, Pang Fangguo, 51, selepas anak lelaki mereka, Pang Ti, yang bertugas sebagai anggota bomba terbunuh dalam letupan kilang kimia, di Tianjin pada 2015 ketika berusia 24.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media China, pasangan itu sangat sedih dengan kematian anak mereka dengan Fang yang lumpuh tangan kanan akibat angin ahmar, paling terkesan dengan tragedi itu menyebabka­n dia mengalami kemurungan melampau, hanya duduk di rumah sepanjang hari sambil memandang siling.

Pang yang tidak sanggup melihat isterinya bersedih, mencadangk­an mereka mempunyai anak semula.

Selepas menjalani empat kali rawatan IVF dalam tempoh dua tahun, Fang akhirnya hamil dan doktor memberitah­u kehamilann­ya sangat berisiko tinggi yang mungkin boleh meragut nyawanya.

Pada 14 Disember tahun lalu, kehidupan pasangan itu berubah selepas Fang melahirkan sepasang bayi kembar melalui pembedahan di Hospital Zhongnan di Wuhan.

Sebaik mendengar tangisan bayinya, Fang dilihat mengalirka­n air mata kegembiraa­n di atas meja bedah.

Pasangan itu menamakan anak kembar itu Si Si dan Nian Nian yang bermaksud ‘Rindu’ dan ‘Mengingati’ supaya mereka sentiasa mengenang mendiang abang yang tidak pernah ditemui.

Pang memberitah­u akhbar Changjiang Daily, dia dan isteri akan mendidik anak mereka menjadi seorang wira seperti Pang Ti.

 ??  ?? FANG dan Pang memegang anak
kembar mereka ketika bergambar dengan pakaian seragam tentera milik mendiang
anak lelaki mereka. - Agensi
FANG dan Pang memegang anak kembar mereka ketika bergambar dengan pakaian seragam tentera milik mendiang anak lelaki mereka. - Agensi
 ??  ?? FANG mengalirka­n air mata ketika di dewan bedah selepas mendengar tangisan bayinya yang baru dilahirkan. - Agensi
FANG mengalirka­n air mata ketika di dewan bedah selepas mendengar tangisan bayinya yang baru dilahirkan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia