Harian Metro

Buat ‘live’ di Facebok selepas bunuh isteri

-

Berlin: Pengguna media sosial dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki Syria di Muhlacker, dekat sini, membuat siaran video melalui Facebook Live dengan darah pada mukanya selepas membunuh isterinya dengan kejam.

Dalam siaran langsung itu, lelaki berkenaan menyatakan akibat begitu yang akan diterima wanita jika mereka menimbulka­n kemarahan suami.

Menurut laporan media, termasuk Al Arabiya, lelaki itu yang menunjukka­n darah pada muka dan luka pada tangannya, berkata: “Inilah akibat yang akan diterima,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang budak lelaki dilihat berada di belakangny­a, dipercayai anaknya dan dia berserta budak itu kemudian meminta penonton berkongsi video berkenaan.

Menurut Daily Mail, lelaki berkenaan dikenali sebagai Abu Marwan, 41, dilaporkan menikam isterinya berusia 37 tahun antara empat hingga lima kali di leher sebelum lari meninggalk­an rumah isterinya bersama budak lelaki itu.

Bagaimanap­un, menurut ketua pendakwa raya kes terbabit berkata, lelaki berkenaan berjaya ditahan polis tidak lama kemudian.

Arab News melaporkan, ketika kejadian, anak perempuan mereka turut berada di rumah dan menghubung­i polis.

Abu Marwan berpisah dengan isterinya dan dia dihalau keluar dari rumah oleh wanita berkenaan. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah bercerai atau tidak.

Menurut media Jerman, dia sering menghubung­i isterinya itu untuk meminta wang. - Agensi

 ??  ?? LELAKI pelarian Syria di Jerman dikenali sebagai Abu Marwan menunjukka­n darah pada muka dan tangannya selepas membunuh isterinya.
LELAKI pelarian Syria di Jerman dikenali sebagai Abu Marwan menunjukka­n darah pada muka dan tangannya selepas membunuh isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia