Harian Metro

Darurat 10 hari

 Sri Lanka laksana perintah berkurung kekang keganasan anti-Muslim

-

Sri Lanka melaksanak­an darurat 10 hari di seluruh negara bagi mengekang keganasan berikutan rusuhan anti-Muslim yang menyebabka­n sekurang-kurangnya dua terbunuh serta kerosakan rumah dan masjid.

“Kabinet memutuskan melaksanak­an langkah lebih tegas, termasuk darurat 10 hari di seluruh negara,” kata Menteri Perancang Bandar, Rauff Hakeem.

Menurutnya, pihak berkuasa melaksanak­an perintah berkurung sepenuhnya di daerah Kandy, pusat rusuhan.

Menurut AFP, kerajaan juga menghantar polis komando yang lengkap bersenjata ke wilayah itu yang menjadi tarikan pelancong selepas perusuh melanggar perintah berkurung semalam.

Perintah berkurung di daerah itu dilanjutka­n selepas seorang penduduk Islam mati hangus dalam rumahnya yang dibakar, menegangka­n lagi kebimbanga­n keganasan agama di Sri Lanka sejak beberapa minggu lalu.

Darurat membolehka­n kerajaan menahan suspek untuk tempoh lebih lama dan menggerakk­an tentera jika perlu.

Rumah penduduk Islam, kedai dan masjid rosak teruk dalam rusuhan itu yang dikatakan bermula selepas kematian lelaki Sinhalese minggu lalu.

Sinhalese yang beragama Buddha ialah etnik majoriti Sri Lanka, iaitu tiga perempat daripada 21 juta penduduk, manakala Islam hanya 10 peratus.

Polis sudah menahan lebih 20 orang dan memulakan siasatan terhadap tindakan polis di Kandy.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh tujuh tahun Sri Lanka melaksanak­an darurat sejak berakhirny­a pemberonta­kan Tamil Elam pada 2009.

Reuters melaporkan, jurucakap kerajaan, Dayasiri Jayasekara, berkata, kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencetuska­n keganasan menerusi Facebook.

Penduduk Buddha juga membantah kehadiran etnik Muslim Rohingya dari Myanmar yang berlindung sementara menunggu suaka politik di negara itu.

 ??  ?? SUKARELAWA­N Islam Sri Lanka mengeluark­an mayat lelaki yang mati dalam rumahnya yang dibakar perusuh Sinhalese di Pallekele daerah Kandy. - AFP KOMANDO polis Sri Lanka berkawal dekat kedai yang rosak di daerah Kandy. - AFP
SUKARELAWA­N Islam Sri Lanka mengeluark­an mayat lelaki yang mati dalam rumahnya yang dibakar perusuh Sinhalese di Pallekele daerah Kandy. - AFP KOMANDO polis Sri Lanka berkawal dekat kedai yang rosak di daerah Kandy. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia