Harian Metro

Potong tangan anak tagih porno Ribuan lelaki serbu hotel

- Agensi

New Delhi: Seorang lelaki di Hyderabad bertindak kejam memotong tangan anak lelakinya berusia 18 tahun kerana berang dengan ketagihan remaja itu menonton bahan lucah di telefon pintar walaupun berulang kali dimarahi.

Penjual daging, Mohammad Qayyum Qureshi, 45, menyerah diri kepada polis dan mengaku memotong tangan kanan anak lelakinya, Mohammad Khalid, pada siku.

Hindustan Times memetik Inspektor P Lakhsmikan­th Reddy berkata, lelaki itu ditahan bagi tuduhan cubaan membunuh dan kini dalam reman, manakala anaknya masih dirawat di hospital.

“Malangnya, doktor memberitah­u tangan anaknya yang terpotong tidak mungkin dapat disambung semula,” katanya.

Menurut polis, Mohammad Qayyum yang mempunyai tiga lagi anak, berang selepas Mohammad Khalid semakin kerap menonton video lucah di telefon pintar yang baru dibelinya.

Menurut ZeeNews, dia berulang kali menegur perbuatan anaknya, namun tidak diendahkan sehingga akhirnya pada Ahad lalu, ketika menangkap Mohammad Khalid menonton video lucah, Mohammad Qayyum cuba merampas telefon itu.

Bagaimanap­un, anaknya melawan dan menggigit tangan bapanya sebelum berlari keluar.

Pertengkar­an dua beranak itu berulang pada keesokanny­a menyebabka­n Mohammad Qayyum yang tidak tahan dengan perangai anaknya, mengambil pisau pemotong daging dan mengerat tangan mangsa. - Agensi

Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita di China ditangkap apabila mencetuska­n kekecohan selepas menawarkan perkhidmat­an seks percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.

Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapan­nya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitah­u dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.

Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklank­an khidmat pelacuran.

Daily Mal yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.

Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi: “Siapa mahu mendapatka­n saya.. untuk seks secara percuma.”

Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.

Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel.

 Wanita 19 tahun muat naik status tawar seks untuk tarik pengikut media sosial

Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.

Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringn­ya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.

Polis memberitah­u, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sanya Phoenix .

Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.

 ??  ?? PENGGUNA media sosial memuat naik gambar mereka datang ke hotel untuk bertemu
Miss Ye. - Agensi
PENGGUNA media sosial memuat naik gambar mereka datang ke hotel untuk bertemu Miss Ye. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia