Harian Metro

Laluan pintas ke universiti

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Program Asasi Sains, Sastera IUKL direka khas untuk lepasan SPM, O-Level

Pengajian asasi adalah kursus persediaan mempersiap­kan pelajar ke program ijazah selain membantu mereka menyesuaik­an diri sebelum melanjutka­n pengajian di peringkat itu.

Bagi yang masih mempertimb­angkan beberapa pilihan yang ada selepas tamat sekolah menengah, Program Asasi di Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL) sememangny­a satu permulaan yang baik.

IUKL menawarkan dua program asasi iaitu Asasi Sains dan Sastera dengan fakulti dilengkapi kemudahan terkini serta pensyarah berdedikas­i.

Program ini juga laluan pintas ke peringkat ijazah dan direka khas menyediaka­n pelbagai pilihan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan O-Level supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih baik selepas tamat pengajian asasi.

Menerusi Program Asasi Sains di IUKL, pelajar boleh memilih antara kejurutera­an atau bukan kejurutera­an.

Kedua-duanya mempunyai modul asas yang sama iaitu Kimia, Makmal Kimia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik selain dapat mengambil bahagian dalam lawatan industri ke syarikat berkaitan.

Bagi subjek elektif, kejurutera­an merangkumi Dinamik, Makmal Fizik dan Statik manakala bagi pilihan bukan kejurutera­an, pelajar mempelajar­i Biologi,

Makmal Biologi dan Biokimia.

Asasi Sastera juga menawarkan dua pilihan iaitu

Seni Bina dan Perniagaan, Teknologi Maklumat (IT) dan Pengajian Bahasa.

Kedua-duanya menawarkan subjek asas yang sama iaitu Bahasa Inggeris, kepentinga­n berkomunik­asi, pengenalan kepada sistem komputer dan aplikasi, pengenalan kepada pemikiran kritis, pengenalan kepada multimedia, pengenalan kepada psikologi, pengenalan kepada analisis Matematik, keberkesan­an peribadi, kemahiran pembentang­an dan penulisan profesiona­l.

Jika mengikuti pengajian Asasi Sastera dalam pilihan Seni Bina, pelajar akan mempelajar­i subjek pengenalan kepada Auto CAD, alam bina, hartanah dan pembinaan, lukisan dan lakaran serta grafik seni bina sebagai mata pelajaran elektif.

Bagi pelajar yang memilih Pengajian Perniagaan, Bahasa atau IT, subjek perniagaan undang-undang, pengurusan perniagaan, prinsip perakaunan, prinsip ekonomi dan prinsip pemasaran adalah mata pelajaran elektif yang akan dipelajari.

Program Asasi yang ditawarkan IUKL mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selepas tamat pengajian, pelajar boleh meneruskan pengajian di IUKL atau memilih institusi pengajian tinggi swasta lain untuk mengikuti program ijazah, sama ada dalam atau luar negara.

Bagi mengetahui lebih mendalam mengenai Program Asasi yang ditawarkan IUKL, mereka boleh hadir ke Hari Informasi IUKL pada 10 dan 11 Mac bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Rebat RM2,000 layak dinikmati bagi pendaftara­n segera pada hari berkenaan. Maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau layari laman web www.IUKL.edu.my

 ??  ?? IUKL menawarkan program Asasi Sains dan Sastera dengan fakulti dilengkapi kemudahan terkini serta pensyarah berdedikas­i.
IUKL menawarkan program Asasi Sains dan Sastera dengan fakulti dilengkapi kemudahan terkini serta pensyarah berdedikas­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia