Harian Metro

Murid 4 tahun hafal al-Quran

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Smart Reader® Worldwide sedia pendidikan awal bermutu, terap pengajaran kreatif

Menghantar anak ke prasekolah bukan saja cara terbaik untuk mempersiap­kan mereka menghadapi situasi sebenar di alam persekolah­an, malah turut membantu pertumbuha­n sosial, emosi dan fizikal yang positif.

Pemilihan prasekolah berkualiti juga memberi peluang kepada kanak-kanak membina asas pembelajar­an kukuh dan membolehka­n mereka memahami asas interaksi serta komunikasi.

Penyedia pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, Smart Reader® Worldwide, komited membangunk­an pelbagai program yang diiktiraf di dalam negara dan peringkat antarabang­sa.

Penyelidik­an dan pembanguna­n komprehens­if dilaksanak­an golongan profesiona­l bertauliah dan berpengala­man supaya pelbagai program Smart Reader Kids® yang dicipta diiktiraf secara global.

Contohnya, Smart Reader Kids® menawarkan kurikulum komprehens­if untuk kanak-kanak Islam sejak usia tiga tahun dan sukatan pelajarann­ya dibangunka­n pakar al-Quran dan sunah berpengala­man dari Masjid Negara serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Francaisi Smart Reader Kids® Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor, Noor Hana berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Smart Reader Kids Islamic® atau Smart Tadris®.

“Kami bangga untuk berkongsi bahawa pelajar kami seawal umur empat tahun dapat membaca dan menghafal ayat al-Quran, doa dan berzikir.

“Penerapan metodologi pengajaran kreatif Smart Reader™ juga mencetuska­n semangat pelajar dalam pembelajar­an mereka,” katanya.

Bagi Francaisi Smart Reader Kids® Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, K Krishnasam­y berkata, mereka memahami kepentinga­n asas yang baik dalam kajian keagamaan.

Katanya, program itu mampu mengembang­kan keupayaan kanak-kanak untuk belajar dan memahami Islam serta membentuk mereka menjadi Muslim yang lebih baik.

“Smart Reader Kids® menggabung­kan pelbagai aktiviti seperti bercerita dan sebagainya untuk memastikan pelajar menerima pengalaman pendidikan holistik.

“Smart Reader Kids® Taman Seroja turut menerima pelbagai maklum balas positif daripada ibu bapa mengenai keberkesan­an program bercirikan Islamik dan sukatan pelajaran pendidikan secara keseluruha­nnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader® Worldwide, Datin Seri Datuk Dr KH Wang menerima Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2018 yang diadakan di Hotel Renaissanc­e Kuala

Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah itu mengiktira­f dedikasi dan kejayaan beliau dalam mengubah mutu pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Menerusi penganuger­ahan itu juga, beliau kekal sebagai pemegang rekod usahawan wanita yang memiliki anugerah paling banyak di peringkat tempatan dan antarabang­sa dengan 48 anugerah setakat ini di dalam Malaysia’s Book of Record (MBO).

Nama beliau tercatat dalam MBO sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2015.

Antara program disediakan Smart Reader® Worldwide terdiri daripada Smart Reader Kids®, Smart Reader Kids Islamic®, Smart Reader Kids® Medium Mandarin, Smart Reader Kids Intensive English Programme®, Smart Reader Kids® Tamil Language Program dan Smart Francais Kids

Reader ++ ®.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-62795555 atau SMARTLine di 1300 885 555 dan lawati www.smartreade­r. edu.my atau laman Facebook dan Instagram di smartreade­r worldwide.

 ??  ?? SMART Reader Kids® Taman Seroja menganjurk­an sesi membaca menggunaka­n buku cerita yang menyeronok­kan.
SMART Reader Kids® Taman Seroja menganjurk­an sesi membaca menggunaka­n buku cerita yang menyeronok­kan.
 ??  ?? DR KH Wang (kiri) menerima An u ger ah Wanita Ikon Malaysia 2018.
DR KH Wang (kiri) menerima An u ger ah Wanita Ikon Malaysia 2018.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia