Harian Metro

Berilmu, sihat, progresif

- Mohd Khidir Zakaria news@yahoo.com.my

 Program sasar pelajar wujudkan suasana lebih efektif, kondusif tingkat keberkesan­an P&P

Amalan gaya hidup sihat perlu didedahkan kepada murid dan pelajar sebagai kumpulan sasaran memandangk­an generasi muda perlu menjadi penyebar maklumat kepada masyarakat di luar sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza berkata, sehubungan itu Program Jom Sihat dilaksanak­an bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Selamat (PBSS) bertujuan melahirkan generasi berilmu, sihat dan progresif.

“Kesedaran masyarakat sekeliling juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dimanfaat dari rumah ke sekolah.

“Inilah peranan Sarana Ibu bapa yang bertujuan untuk kecemerlan­gan sekolah selari dengan kehendak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan secara tidak langsung program seperti ini mewujudkan suasana lebih efektif dan kondusif bagi meningkatk­an keberkesan­an Pengajaran dan Pembelajar­an (P&P),” katanya ketika merasmikan Program Jom Sihat Dan Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang di sini kelmarin.

Katanya, matlamat program itu ialah bagi memastikan pelajar sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan dan mempererat­kan hubungan dengan masyarakat luar.

“Di samping kebaikan kesihatan, kita juga dapat mewujudkan hubungan mesra dan semangat perpaduan antara pemimpin dengan serta masyarakat setempat. Inilah nilai utama dalam mengukuhka­n lagi pelaksanaa­n Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

“Sebagai pemimpin, saya menyokong usaha sekolah menganjurk­an program ini dan ia perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi menyemai nilai murni dalam diri pelajar,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD KHIDIR ZAKARIA ?? SEBAHAGIAN orang ramai termasuk pelajar sekolah ketika Program Jom Sihat Dan Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson.
FOTO: MOHD KHIDIR ZAKARIA SEBAHAGIAN orang ramai termasuk pelajar sekolah ketika Program Jom Sihat Dan Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia