Harian Metro

13 atlet berbasikal kibar cabaran negara

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh keirin negara, Azizulhasn­i Awang dan pemenang emas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), Jupha Somnet antara pelumba yang berada dalam senarai akhir ke temasya Sukan Komanwel bulan depan.

Mereka antara 13 atlet yang tersenarai ke Gold Coast, Australia, selain Shah Firdaus Sahrom, Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan yang berlatih di Melbourne sebelum ini.

Turut dalam senarai adalah trio pecut berpasukan Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Khairil Nizal Rasol dan Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin.

Barisan pelumba endurance pula diketuai Irwandie Lakasek, Eiman Firdaus Mohd Zamri, Afiq Huznie Othman, Nur Aiman Rosli dan Muhammad Daniel Haikkal Edy Suhaidee.

Berbanding senaral awal, hanya nama Anis Amira Rosidi digugurkan dengan senarai akhir sudah diserahkan kepada Majis Olimpik Malaysia (MOM) minggu lalu.

“Penggugura­n Anis Amira dilakukan ketua jurulatih negara, John Beasley selepas menilai prestasiny­a di ACC. Jadi seramai 13 pelumba elit tersenarai,” kata pengurus skuad berbasikal negara, Ramlay Ibrahim.

Katanya, mereka menaruh harapan kepada Azizul atau The Pocketrock­etman untuk menggegar dalam acara kegemarann­ya, selain beberapa pelumba lain seperti Shah Firdaus.

Selain mereka, turut tersenarai adalah atlet paracyclin­g negara, Afiq Afify Rizan bersama pelumba pembantu atau jurupandu, Muhammad Khairul Adha Rasol.

“Kita turut menaruh harapan pingat kepada gandingan acara tandem ini berdasarka­n prestasi semasa yang dipamerkan mereka,” katanya.

 Azizul, Jun Hoong calon akhir Olahragawa­n dan Olahragawa­ti ASN 2017

 ??  ?? JUN Hoong
JUN Hoong
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia