Harian Metro

SAINGAN SENGIT

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Juara dunia keirin, Azizulhasn­i Awang dan ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong berada dalam senarai calon akhir bagi Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang dijadual berlangsun­g di Hotel Hilton Kuala Lumpur, 13 Mac ini.

Azizul yang muncul juara dunia tahun lalu diberi tentangan hebat oleh tujuh lagi calon - atlet bina badan, Mohd Syarul Azman Mahen, Muhammad Hakimi Ismail (olahraga), Gavin Kyle Green (golf), Mohd Fitri Saari (hoki),

(gambar)

Mohamad Rafiq Ismail (tenpin boling) dan Khairul Hafiz Jantan (olahraga).

Jun Hoong yang meraih pingat emas dalam acara 10m platform di Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Julai lalu pula disenarai pendek bersama-sama lima lagi atlet iaitu, S Sivasangar­i (skuasy), Koi Sie Yan (gimrama), Fatehah Mustapa (berbasikal), Emma Firyani Saroji (boling padang) dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (tenpin boling).

“Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan Anugerah Sukan Negara terdiri daripada ahli Kementeria­n Belia dan Sukan, Majlis Sukan

Negara, persatuan sukan dan juga

Persatuan Penulis-Penulis Sukan yang terdiri daripada mereka yang cukup berpengala­man dalam menilai perkembang­an sukan serta atlet negara baik normal mahupun para.

“Pemilihan bagi tahun 2017 menjurus kepada prestasi atlet di beberapa kejohanan dunia dan dua temasya sukan yang dianjurkan di negara kita, Sukan SEA dan Sukan Para (KL2017), Ogos lalu,” kata Ketua Setiausaha

KBS, Datuk Lokman Hakim Ali kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan ASN, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenaan untuk mencemar duli sebagai tetamu kehormat di majlis gilang-gemilang itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia