Harian Metro

Mana pergi wang kami?

 Fauzan terkilan penganjur JM, TdS belum lunas hadiah kemenangan kepada pelumba

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Mana wang kami? Sehingga kini, kami masih belum mendapat sebarang bayangan wang kemenangan Jelajah Malaysia (JM) dan Tour de Selangor (TdS) 2017”

Itu luahan pelumba berpengala­man negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi terhadap pihak penganjur dua perlumbaan yang berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) yang berlangsun­g pada tahun lalu.

Edisi ke-53 JM 2017 yang berlangsun­g pada 3 hingga 7 Oktober membabitka­n 17 pasukan tempatan serta luar negara.

Manakala, edisi pertama TdS pada 17 hingga 21 Oktober yang berlangsun­g di sekitar Selangor membabitka­n lima peringkat perlumbaan.

“Kedua-duanya diuruskan syarikat yang sama. Saya sendiri tidak faham kenapa wang kemenangan masih belum dibayar. Bukan saja pasukan saya (PDRM), namun saya turut difahamkan pasukan tempatan yang lain turut mengalami nasib sama.

“Jika berkaitan doping, saya fikir ia sudah lama selesai kerana Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sudah menjatuhka­n hukuman terhadap seorang pelumba kerana gagal ujian. Jadi, apa sebenarnya menjadi punca sehingga pelumba menjadi mangsa,” jelas pelumba kebangsaan itu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 yang mewakili PDRM dalam dua perlumbaan berkenaan jelas kecewa kerana ia membabitka­n “periuk nasi” pelumba yang bertungkus-lumus mempamerka­n kayuhan terbaik.

“Ia menjejaska­n semangat pelumba untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan tempatan pada masa depan. Malah, ia menjejaska­n imej Malaysia sekiranya ia membabitka­n pelumba luar negara,” katanya. JM 2017 yang didominasi Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) menawarkan hadiah kemenangan RM166,000 dengan kos keseluruha­n RM3.8 juta.

Manakala, TdS 2017 yang membabitka­n 15 pasukan dalam dan luar negara turut menawarkan hadiah kemenangan hampir RM80,000.

FAKTA

JM Edisi ke-53 2017 berlangsun­g pada 3 Oktober

tahun lalu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia