Harian Metro

Amirol idam aksi Sukan Komanwel

- Saiful Affendy Sapran azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas terlepas untuk beraksi di saingan Piala Sultan Azlan Shah kerana terbabit dalam kemalangan, pertahanan negara, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad berharap namanya akan terpilih semula untuk beraksi di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, bulan depan.

Pemain muda negara itu pada awalnya sudahpun berada dalam senarai 18 pemain yang dipilih ketua jurulatih, Stephen Van Huizen untuk dibawa ke Ipoh, Perak, namun Amirol Aideed terbabit dalam kemalangan motosikal sehari sebelum pengumuman senarai pemain itu.

Berikutan itu, dia terpaksa diketepika­n oleh Stephen. tetapi kini bertekad untuk mendapat tempat semula ke Sukan Komanwel.

“Kalau ikutkan memang saya mahu bermain di Piala Sultan Azlan Shah sebab ia bakal menjadi penampilan pertama saya di kejohanan itu dan kedua di saingan antarabang­sa.

“Tapi. nasib tak memihak kepada saya apabila terbabit dengan kemalangan. Sekarang saya sedang dalam proses pemulihan dan berharap dapat kembali menjalani latihan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Amirol Aideed membuat penampilan pertama bersama Malaysian Tigers di Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, tahun lalu dan ia terus membuka mata Stephen untuk memilihnya beraksi bersama skuad negara. Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang terlepas beraksi di Ipoh berikutan kecederaan belakang, Ramadan Rosli turut berharap dapat terpilih beraksi ke Sukan Komanwel.

 ??  ?? AMIROL
AMIROL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia