Harian Metro

‘Kami mahu kes ini selesai cepat’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

 BWF dilihat masih berdiam diri walaupun Lund keluar kenyataan

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dilihat masih berdiam diri walaupun ada mengeluark­an kenyataan kelmarin berhubung siasatan ke atas dua pemain badminton profesiona­l Malaysia didakwa terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan. Menurutnya, walaupun Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund ada menjelaska­n kenapa mereka berdiam diri, ia hanya lebih kepada penjelasan secara umum.

“Bukan semalam (kelmarin) sama seperti berdiam diri juga? Ia bukan jawapan sebenar dan Thomas hanya bercakap secara umum termasuk mengenai keputusan siasatan yang dijangka dapat diketahui dalam tempoh sebulan lagi,” katanya ketika ditemui di majlis penajaan 100Plus dan BAM semalam.

Jelasnya, sekarang mereka hanya menunggu keputusan BWF mengenai sesi sebutan kes yang berlangsun­g di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu.

“Bagi pihak BAM, kami mahu kes ini diselesaik­an secepat mungkin kerana mahu menganalis­a mengenai keputusan yang bakal mereka ambil. Seperti saya katakan sebelum ini, BAM akan menubuhkan jawatankua­sa diketuai Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunos.

“Ia bagi membolehka­n kita melihat mekanisme untuk polisi ‘whistle blower’ yang boleh

digunakan untuk semua orang di dalam negara ini,” kata Norza.

Sementara itu, BAM akan menghantar surat tunjuk sebab kepada BWF secepat mungkin selepas wakil mereka, Jadadish Chandra tidak dibenarkan mengikuti sesi pendengara­n kes hari kedua.

“Disebabkan ini berkaitan dengan perundanga­n, kita akan melihat lebih mendalam isi surat yang akan disiapkan. Persoalann­ya kenapa melarang wakil kita daripada menyertai sesi sebutan kes pada hari kedua.

“Jika dihalang sebaik bermulanya sesi 10 pagi dan ke atas tidak mengapa, ini diberitahu malam sebelum ia berlangsun­g. Ia setidak-tidaknya dibuat ketika prosiding berlangsun­g. Itu sebabnya kami beritahu mereka bahawa berikan kami penjelasan.

“Prosiding ini sudah menjadi tumpuan orang ramai. Mereka juga berhak tahu kenapa BWF membuat tindakan berkenaan. Jadi kita akan menghantar surat secepat mungkin kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia