Harian Metro

Juwaidi, Sazatul mara ke final siri pertama Piala Asia

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki dan Sazatul Nadhirah Zakaria cemerlang apabila mara ke final siri pertama Piala Asia di Bangkok, Thailand, semalam.

Juwaidi yang juga pemenang emas Sukan SEA 2015 dan 2017 cemerlang mengenepik­an lawan dari Russia, Anton Bulaev untuk bertemu rakan senegarany­a, Alexander Dambaev di final hari ini.

“Saya berharap rentak cemerlang hari ini (semalam) akan diteruskan bagi menghadapi final esok (hari ini). Ini adalah kejohanan pertama di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi persiapan Sukan Asia.

“Saya menang dua kejohanan di Bangkok dan Kedah pada awal tahun ini. Jadi saya mahu teruskan rentak positif ini,” jelas Juwaidi.

Manakala bagi kategori wanita, harapan untuk menyaksika­n dua pemanah negara bertemu di final tidak

(gambar)

kesampaian apabila Fatin Nurfatehah Mat Salleh kecundang di separuh akhir.

Ratu memanah negara itu gagal mengatasi lawan dari India, Muskan Kirar yang meraih 148 mata, berkelebih­an empat mata berbanding ratu memanah negara itu.

Kirar akan bertemu Sazatul Nadhirah di final hari ini selepas mengenepik­an lawan dari Russia, Mariia Vinogradov­a 141-138.

Saingan recurve menyaksika­n Haziq Kamaruddin akan bertemu Gaurav Trambak Lambe pada penentuan gangsa selepas kecundang 7-3 kepada Thomas Chirault dari Perancis pada separuh akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia