Harian Metro

100PLUS meterai perjanjian penajaan bernilai RM1.75j

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperoleh suntikan semangat dalam melahirkan pemain berkualiti selepas memeterai perjanjian penajaan bernilai RM1.75 juta dengan minuman isotonik nombor satu di Malaysia, 100PLUS bagi tahun 2018 dan 2019.

Menurut Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, 100PLUS sudah menjadi rakan penaja selama 15 tahun dan hari ini (semalam) bagi penajaan untuk tahun 2018 serta 2019, nilai berkenaan terus meningkat.

“Pertama sekali, BAM ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada 100PLUS dengan jumlah penajaan keseluruha­n sebanyak RM1.75 juta bagi tempoh dua tahun,” katanya ketika ditemui di majlis penajaan 100PLUS dan BAM semalam.

Jelasnya, penajaan kali ini lebih tinggi berbanding tahun lalu di mana penajaan nya sejumlah RM550,000.

“Kemunculan mereka bukan untuk BAM saja malah menaja pemain kita secara individu serta melantik menjadi duta. Ini adalah strategi serampang dua mata buat mereka dan kita berbesar hati dengan menghargai apa yang dilakukan oleh 100PLUS sejak 15 tahun lalu.

“Kehadiran mereka untuk menjadi penaja utama di kejohanan peringkat remaja dapat membantu BAM dalam melahiran pemain berkaliber,” katanya.

Bagi penajaan tahun 2018, 100PLUS menawarkan jumlah RM500,000 termasuk menjadi penaja utama bagi beberapa kejohanan peringkat remaja dan RM250,000 berbentuk barangan.

Tahun depan pula, mereka turut menaja sebanyak RM600,000 (termasuk beberapa kejohanan peringkat remaja), RM300,000 (barangan) dan RM100,000 (media).

“Peningkata­n jumlah penajaan ini membuktika­n bahawa 100PLUS begitu yakin terhadap BAM dari, segi program katanya.

Perjanjian baru itu membolehka­n 100PLUS sebagai Penaja Minuman Rasmi bagi beberapa kejohanan BAM termasuk Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters.

pembanguna­n,”

 ??  ?? NORZA (dua dari kiri) bersama Naib Presiden Kanan Operasi Kormersial Domestik F&N Beverage Marketing Sdn Bhd, Lai Ming Kong (dua kanan) di majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama BAM dan 100PLUS.
NORZA (dua dari kiri) bersama Naib Presiden Kanan Operasi Kormersial Domestik F&N Beverage Marketing Sdn Bhd, Lai Ming Kong (dua kanan) di majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama BAM dan 100PLUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia