Harian Metro

Pochettino tak pasti bila mahu bersara

-

London: Mauricio Pochettino berdepan saat penting ketika bos Tottenham itu menyasarka­n untuk menyertai barisan pengurus elit dengan mengemudi kejayaan popular menewaskan Juventus pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Sudah lama dilabelkan sebagai pengurus muda dengan masa depan cerah, Pochettino boleh menggunaka­n Liga Juara-Juara musim ini untuk menyamai kehebatan jarang diraih seperti dilakukan Pep Guardiola, Jose Mourinho dan Diego Simeone.

Sama seperti bekas rakan sepasukann­ya dari Argentina, Simeone, Pochettino dimahukan oleh sebahagian kelab elit Eropah.

Ketika Simeone menafikan ramalan untuk membimbing Atletico Madrid meraih gelaran La Liga dan Liga Europa, selain mara ke dua final Liga Juara-Juara, Pochettino masih menanti saat untuknya tiba.

Walaupun menerima pujian sepanjang sembilan tahun selaku pengurus bersama Espanyol, Southampto­n dan kini Tottenham, pengurus berusia 46 tahun itu masih gagal membantu mana-mana kelab itu meraih trofi utama.

Dengan Tottenham berharap untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2011, menewaskan juara Itali itu akan menjadi satu langkah penting buat Pochettino.

Keinginan mencipta kejayaan terus memacunya ke depan dan mengakui dia pernah memikirkan untuk bersara pada usia 50 tahun, pengendali dari Argentina itu kini merancang untuk menikmati karier lebih lama.

“Saya bermula selaku pengurus pada usia 36 tahun, saya kata, ‘Okay, saya akan jadi pengurus dan had saya ialah 50’,” kata Pochettino.

“Kini saya tidak tahu sama ada saya akan jadi lebih lama seperti Roy (Hodgson) atau (Sir Alex) Ferguson atau Wenger atau saya mungkin akan berhenti sebelum itu.

“Apabila saya melihat bola sepak dan pengurus sentiasa mengkritik sesiapa saja dan melihat bayangan serta cuba mempertaha­nkan diri dan bertarung dengan anda dan berlawan dengan penyokong dan lawan dengan ini. Itu bukanlah kehidupan.

“Saya mahu meningkat dan cuba gembira melakukan kerja saya, tetapi jika saya mahu menderita atau mencipta drama dalam hidup, saya lebih senang pergi dari situ. - AFP Turin: Douglas ‘The Flash’ Costa mendapat gelaran itu bukan hanya menerusi gaya potongan rambutnya, tetapi juga disebabkan kepantasan serta skil yang dimilikiny­a hingga membolehka­n Juventus memenangi tiga gelaran semusim.

Bekas pemain sayap Bayern Munich berusia 27 tahun itu semakin menyerlah di kelab barunya apatah lagi juara Itali enam kali itu mahu menambah sengat di barisan depan pasukan.

Juventus masih memiliki satu perlawanan di tangan, hanya satu mata di belakang Napoli untuk perebutan gelaran Serie A, tetapi juga berada di landasan tepat untuk gelaran Piala Itali buat kali keempat berturut-turut dan perlu berterima kasih kepada skil yang dimiliki Costa.

Skuad kendalian Massimilia­no Allegri itu akan bertandang ke Stadium Wembley untuk menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok dengan keputusan pertama berkesudah­an 2-2.

Juventus yang menjulang Piala Eropah pada 1985 dan

 ??  ?? COSTA tambah bisa bahagian sayap Juventus.
COSTA tambah bisa bahagian sayap Juventus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia