Harian Metro

Matic pamer sengat

- AFP

 Jaringan tonggak The Red Devils benam Crystal Palace

Voli menarik pada lewat permainan yang dilakukan tonggak Manchester United, Nemanja Matic memastikan kemenangan pasukannya selepas bangkit daripada ketinggala­n dua gol untuk menundukka­n Crystal Palace 3-2 di Selhurst Park, sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, semalam.

Palace yang tidak pernah menang ke atas United pada siangan Liga Perdana, mendahului pada minit ke-11 menerusi Andros Townsend yang menerima hantaran Christian Benteke.

Tuan rumah mendahului dua gol pada awal babak kedua apabila sepakan percuma yang diambil Jeffrey Schlupp disambut pertahanan kiri, Patrick van Aanholt dan cubaan pemain itu gagal diselamatk­an penjaga gol pelawat, David de Gea.

United merapatkan kedudukan tujuh minit kemudian apabila Chris Smalling yang tidak dikawal, menanduk masuk hantaran lintang Antonio Valencia dan menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Romelu Lukaku.

Matic muncul wira pasukannya apabila voli yang dilakukan dari jarak 25 meter, gagal ditepis penjaga gol tuan rumah, Wayne Hennessey dan kejayaan itu membolehka­n United mengumpul 62 mata, 16 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Ia jaringan yang menarik,” kata Matic. “Saya gembira bagi pihak pasukan, bukan kerana saya menjaringk­an gol tetapi kerana kami menang dan mengumpul tiga lagi mata. Kami menunjukka­n karektor selepas ketinggala­n 2-0 dan mereka pula bermain dengan sokongan padu penyokong,” katanya.

 ??  ?? ALEXIS Sanchez (kiri) cuba meloloskan diri daripada dihadang pemain Crystal Palace, Luka Milivojevi­c.
ALEXIS Sanchez (kiri) cuba meloloskan diri daripada dihadang pemain Crystal Palace, Luka Milivojevi­c.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia