Harian Metro

‘Manfaat peluang kedua’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah menegaskan tiada alasan lagi buat 10 pasukan Liga Malaysia (Liga M) gagal melengkapk­an pendaftara­n selepas peluang kedua diberikan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dalam mesyuaratn­ya di Johor Bahru semalam memutuskan penangguha­n hukuman pemotongan mata bagi pasukan yang masih belum melengkapk­an proses berkenaan.

Pasukan terbabit adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC. Mereka diberi tempoh sehingga pendaftara­n baru musim depan yang dijangka pada hujung tahun ini.

Menurut Kamaruddin, tempoh panjang yang diberikan itu perlu digunakan sepenuhnya untuk memperbetu­lkan segala kekurangan bagi melengkapk­an pendaftara­n.

“Sebelum ini saya kata jangan potong mata, denda saja, tapi sekarang FMLLP sudah bagi peluang kedua untuk semua pasukan itu buat pembetulan. Satu hukuman yang wajar dan patut dihargai pasukan terbabit.

“Jadi kalau dalam tempoh lebih sembilan bulan ini mereka (pasukan) tak buat juga, kita tidak boleh salahkan FMLLP lagi sebab sudah lama sangat tempoh (penangguha­n hukuman) diberikan.

“Kalau buat salah lagi memang tak boleh dimaafkan, sebab itu memang salah pengurusan pasukan berkenaan. Sudah banyak sangat peluang diberikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sukan NSTP sebelum ini melaporkan Kamarudin berkata, FMLLP boleh dianggap kejam sekiranya mengenakan hukuman memotong mata 10 pasukan berkenaan, sebaliknya berpendapa­t mereka hanya perlu dikenakan denda terlebih dahulu.

Berkenaan hukuman tertangguh yang dikenakan FMLLP semalam, pasukan terbabit tidak boleh melakukan kesalahan lain seperti gagal membayar gaji pemain dan jika perkara itu berlaku hukuman pemotongan mata secara automatik akan berjalan.

Selain hukuman ditangguhk­an, semua pasukan itu juga diberikan tempoh 14 hari bermula semalam untuk mengemukak­an rayuan bagi memohon mengurangk­an hukuman.

 ?? Kamarudin Abdullah ?? Kalau buat salah lagi memang tak boleh dimaafkan, sebab itu memang salah pengurusan pasukan berkenaan. Sudah banyak sangat peluang diberikan”
Kamarudin Abdullah Kalau buat salah lagi memang tak boleh dimaafkan, sebab itu memang salah pengurusan pasukan berkenaan. Sudah banyak sangat peluang diberikan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia