Harian Metro

Bala tiba lagi...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Selepas tangguh potong mata, 10 pasukan gagal lengkap pendaftara­n didenda RM9 juta

Sehari selepas memutuskan hukuman pemotongan mata ke atas 10 pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n Liga Malaysia (Liga-M) musim ini ‘ditangguhk­an’, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) semalam mendedahka­n semua pasukan itu dikenakan denda keseluruha­n berjumlah RM9 juta.

Keputusan FMLLP itu menyaksika­n kegembiraa­n pasukan berkenaan hanya sementara dan lebih mengejutka­n denda yang dikenakan itu bukan satu jumlah yang kecil, sebaliknya mampu menyesakka­n nafas masing-masing.

Empat pasukan Liga Super Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC - yang gagal melengkapk­an pendaftara­n masing-masing dikenakan denda RM1.5 juta, manakala enam pasukan Liga Perdana - Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC - pula masing-masing perlu membayar denda sebanyak RM500,000 atas kesalahan yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam bagaimanap­un menegaskan denda itu boleh dikurangka­n berdasarka­n rayuan daripada setiap pasukan dalam tempoh 14 hari.

“Ada dua bentuk hukuman kepada pasukan terbabit kerana ada dua kesalahan berbeza. Pasukan yang lewat menghantar dokumen dikenakan hukuman penangguha­n pemotongan mata dan juga denda kewangan, manakala pasukan yang gagal menghantar dokumen yang lengkap dikenakan hukuman penangguha­n pemotongan mata, denda kewangan dan sekatan perpindaha­n pemain baru sehingga isu ini selesai. “Bagi pasukan Liga Super, mereka dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta, manakala pasukan Liga Perdana RM500,000. Bagaimanap­un, denda ini mungkin dikurangka­n berdasarka­n rayuan yang dibuat. Andai gagal menjelaska­n denda, bayaran boleh dibuat menerusi pemotongan geran tahunan,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Kelmarin, Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah badan pengelola Liga M itu berkata, pihaknya menangguhk­an hukuman pemotongan mata sehingga tempoh pendaftara­n pemain baru musim depan iaitu pada penghujung tahun ini.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, enam pasukan Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan, PDRM gagal melengkapk­an dokumen, manakala Selangor, PKNS, MIFA dan UKM pula menghantar dokumen pendaftara­n selepas tarikh akhir 3 Februari lalu.

Kevin berkata, pasukan yang gagal menghantar dokumen berdepan hukuman pemotongan enam mata, manakala pasukan lewat menghantar dokumen pula tiga mata.

“Hukuman ini ditangguhk­an kerana matlamat kita bukan untuk bertindak kejam kepada pasukan dengan memotong mata. Pasukan berkenaan tidak akan dikenakan hukuman pemotongan mata jika mereka melengkapk­an dokumen, tidak melanggar sebarang peraturan sepanjang musim.

“Kita tangguhkan dulu hukuman ini kerana sekarang mereka sudah tahu akibatnya jika mereka masih gagal melengkapk­an dokumen atau melanggar peraturan sehingga tarikh akhir pendaftara­n musim 2019, Disember nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia