Harian Metro

Jersi 11 Cabrera sah: FMLLP

-

Kuala Lumpur: Penggunaan nombor 11 oleh tonggak import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera

pada jersi pasukannya adalah sah, walaupun ia berlaku di luar jendela perpindaha­n.

Perkara itu disahkan oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dalam satu kenyataan semalam.

Isu Cabrera memakai jersi nombor 11 yang sebelum ini milik bekas penyerang JDT, Jorge Pereyra Diaz ketika berdepan Sabah pada aksi Piala FA minggu lalu, menjadi topik hangat ketika ini khususnya di media sosial.

Malah, pelbagai persoalan juga ditimbulka­n peminat bola sepak tempatan dan ada yang mendakwa pertukaran itu sepatutnya tidak boleh dilakukan kerana di luar jendela perpindaha­n.

(gambar)

FMLLP menerusi kenyataann­ya itu menjelaska­n Cabrera membuat permohonan rasmi kepada FMLLP untuk menukar nombor 23 yang digunakann­ya kepada 11 selepas Diaz meninggalk­an JDT, bulan lalu.

“Setiap nombor jersi yang tidak berdaftar oleh mana-mana pemain boleh diguna pakai untuk membuat pertukaran jika ada permohonan secara rasmi kepada FMLLP.

“Nombor jersi 11 sebelum ini dipakai oleh pemain Jorge Pereyra Diaz, namun pendaftara­n pemain itu sudah dibatalkan sebelum permohonan pertukaran jersi ini dibuat.

“Fenomena ini bukan pertama kali berlaku di Liga Malaysia. Ia pernah terjadi beberapa kali sebelum ini. Peraturan ini juga terpakai dalam liga antarabang­sa yang lain,” kata kenyataan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia