Harian Metro

HIKMAH JALAN KAKI

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Anak pemandu lori pelajar cemerlang STPM 2017

Seorang remaja tidak menjadikan berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) yang memakan masa 45 minit untuk ke sekolah sebagai bebanan, sebaliknya memanfaatk­an tempoh itu untuk menelaah pelajaran.

Kerja keras dan pengorbana­n pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak Jaya itu, seakan ‘terbayar’ apabila dia diumumkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017.

Nor Kamaliana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berkata, perjalanan untuk pergi dan balik dari dan ke sekolah itu mengajarny­a lebih berdisipli­n dan menghargai pengorbana­n ibu bapa yang bukan daripada golongan keluarga berada.

Anak kepada pemandu lori dan tinggal di Kampung Pangkalan, Kunak itu berkata, walaupun bayaran kereta sewa hanya RM1 sehala, dia memilih untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

“Setiap hari pulang dari sekolah, saya suka membaca nota kecil dibuat khas untuk memperting­katkan lagi pengetahua­n selain menghilang­kan rasa bosan ketika perjalanan.

“Saya bersyukur kerana mencapai keputusan cemerlang. Inilah saja cara untuk membalas budi ibu bapa dan guru yang sentiasa menyokong saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan STPM Peringkat Negeri Sabah di SMK Putatan, di sini, semalam.

Nor Kamaliana yang bercita-cita menjadi guru berkata, selain memperuntu­kkan banyak masa untuk menelaah pelajaran, dia sentiasa menuruti nasihat ibu untuk menjaga solat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, belajar di luar bandar bukan lagi alasan untuk tidak berjaya, sebaliknya setiap kejayaan bergantung kepada diri sendiri.

Ibunya, Anurah Musa,

46, berkata, dia bersyukur dan sangat gembira dengan pencapaian cemerlang anaknya.

Katanya, selain menjadi kebanggaan keluarga, kejayaan anaknya dijadikan pembakar semangat kepada anak dan keluarga mereka di kampung.

Sementara itu,

Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Kassim Ibrahim berkata, 98.55 peratus daripada 6,610 calon di Sabah mendapat keputusan lulus penuh bagi STPM tahun 2017.

Katanya, pencapaian PNGK bagi Sabah tahun 2017 juga menunjukka­n peningkata­n kepada 2.66 peratus daripada 2.58 peratus tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah calon itu, seramai 39 pelajar berjaya memperoleh PNGK 4.00 iaitu meningkat daripada 31 pelajar untuk peperiksaa­n STPM tahun 2016,” katanya.

 ??  ?? NOR Kamaliana bersama
ibunya selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM Peringkat negeri Sabah di SMK Putatan.
NOR Kamaliana bersama ibunya selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM Peringkat negeri Sabah di SMK Putatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia