Harian Metro

Nekad kejar peragut

 Lelaki cuba curi beg tangan wanita ditangkap orang awam

- Mohd Izham Unnip Abdullah news@nstp.com.my

Sikap prihatin masyarakat dalam membendung aktiviti jenayah membawa kepada kejayaan menumpaska­n dua penjenayah di bandar ini.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, penjenayah lelaki ditahan orang awam yang menyaksika­n kejadian selepas lelaki berkenaan dikatakan cuba meragut beg tangan seorang wanita di hadapan sebuah kedai serbaneka di Kepayan Ridge, jam 8.10 malam di sini.

Lelaki berusia 30 tahun itu diberkas seorang lelaki yang mengejarny­a sejurus menyedari kejadian ragut berkenaan sebelum dibantu seorang anggota polis yang kebetulan berada di lokasi berhampira­n.

Dalam kejadian itu, beg tangan mangsa diragut suspek yang mengekorin­ya menyebabka­n wanita terbabit terjatuh, namun suspek gagal mengambil beg tangan mangsa.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian itu disedari seorang lelaki ketika berada dalam keretanya lalu mengejar suspek.

“Lebih kurang 70 meter dari tempat kejadian, orang awam itu berjaya menahan suspek dengan dibantu seorang pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Pengadu (orang awam) mengalami kecederaan ringan di bahagian leher dan lengan kiri akibat bergelut dengan suspek. Bagaimanap­un, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pengadu berusia 35 tahun dan anggota polis itu iaitu Asisten Superinten­dan Syahrin Ali yang juga Ketua Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu diberi surat penghargaa­n Ketua Polis Daerah atas keberanian mereka, semalam.

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana meragut, Seksyen 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara (PPPN) 1990 kerana memiliki kad pengenalan orang lain dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah.

FAKTA

Mangsa cedera di leher dan lengan kerana bergelut dengan suspek

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek meragut beg wanita di hadapan kedai serbaneka.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek meragut beg wanita di hadapan kedai serbaneka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia