Harian Metro

TLDM rancang tambah aset

-

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk memiliki 36 kapal ronda dan kapal misi pesisir secara berperingk­at dalam usaha meningkatk­an kemampuan aspek keselamata­n di perairan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri

Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, perancanga­n itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan bagi mendapatka­n kapal baharu dalam jangka panjang.

Katanya, ia juga selaras dengan Pelan Transforma­si TLDM ‘15 to 5’ bagi mengurangk­an kelas kapal dalam TLDM, namun dalam masa sama menambah jumlah setiap kapal.

“Buat masa ini, kita ada enam kapal ronda dan ia akan ditambah secara berperingk­at hingga menjadikan keseluruha­n 18 kapal ronda dan begitu juga sebanyak 18 kapal misi pesisir (LMS) yang bertujuan untuk menjaga perairan negara.

“Dengan adanya kelengkapa­n ini, kita yakin dapat menyumbang kepada keselamata­n negara secara menyeluruh, bukan saja meningkatk­an kemampuan daripada segi tempur TLDM, malah membantu agensi penguat kuasa maritim untuk mengurangk­an ancaman luar seperti penceroboh­an nelayan asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Skuadron Kapal Ronda Pasukan Simpanan Ke-13 di Pangkalan TLDM Sandakan, semalam.

Turut hadir, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman dan

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahmab Ayob.

Ahmad Kamarulzam­an berkata, TLDM juga dalam proses memindahka­n aset jenis kapal ronda dari Armada Barat ke Armada Timur bagi mengukuhka­n keupayaan pasukan keselamata­n mengawasi perairan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Apabila empat kapal misi pesisir yang dalam pembuatan siap, kita akan gantikan dengan kapal ronda kecil yang digunakan sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia