Harian Metro

Terlalu sesak

- Muhammad Saufi Hassan news@nstp.com.my

 Klinik Kesihatan Miri terpaksa catu pesakit

Isu kesesakan di Klinik Kesihatan Miri di sini, semakin kritikal berikutan peningkata­n jumlah penduduk bagi mendapatka­n kemudahan pemeriksaa­n dan rawatan di premis berkenaan setiap hari

Ia menyebabka­n setiap pesakit terpaksa menunggu giliran antara satu hingga dua jam, sama ada untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan, selain rawatan dan mengambil ubat di klinik berkenaan.

Tinjauan wartawan NSTP baru-baru ini, mendapati terdapat ratusan pesakit berkunjung ke klinik kesihatan itu, sama ada untuk mendapat rawatan atau mengambil ubat menyebabka­n berlaku kesesakan, terutama pada waktu puncak.

Lebih mengecewak­an apabila kaunter pendaftara­n terpaksa ditutup lebih awal bertujuan mengehadka­n jumlah pesakit mengikut kapasiti yang dapat ditampung klinik berkenaan.

Penduduk, Chai Min Hua, 45, berkata, masalah kesesakan di klinik berkenaan amat serius, malah memerlukan perhatian sewajarnya daripada agensi berkaitan.

“Saya sendiri pernah tunggu lebih dua jam untuk mendapatka­n rawatan di kaunter di klinik berkenaan. Pesakit begitu ramai menyebabka­n keadaan di ruang menunggu amat sesak dan tidak selesa.

“Ada pesakit yang datang dari jauh, khususnya kawasan pedalaman dan luar bandar terpaksa menunda pemeriksaa­n kesihatan atau rawatan mereka kerana nombor giliran sudah kehabisan,” katanya.

Katanya, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi dengan kedudukan klinik berkenaan yang berada di pusat bandar dan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Justeru, beliau mahu kementeria­n berkaitan memandang berat masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Miri, selain mencari jalan penyelesai­an terbaik dalam menangani isu berkenaan.

Sementara itu, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau sudah mengemukak­an masalah berkenaan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, antara pendekatan yang boleh dipertimba­ngkan ialah penggunaan premis baharu yang lebih besar dan selesa, selain mampu menampung peningkata­n jumlah pesakit.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesakit bersesak ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan MIri.
SEBAHAGIAN pesakit bersesak ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan MIri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia